resepi biskut coklat rice

Resepi Biskut Coklat Rice Rangup Dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi biskut coklat rice yang rangup dan sedap? Biskut coklat rice merupakan antara jenis biskut raya yang popular pada ketika dahulu. Walaupun biskut ini sudah lama terkenal, namun ia tetap menjadi pilihan oleh ramai orang untuk dijadikan santapan di hari raya.

Pengenalan

Biskut coklat rice merupakan biskut raya yang rangup dan sesuai untuk peminat coklat. Anda mungkin boleh menambah variasi hidangan kuih raya anda dengan menambah biskut coklat rice selain biskut-biskut yang lain. Biskut coklat rice juga tidak renyah jika dibandingkan dengan jenis biskut yang berperisa coklat yang lain seperti biskut almond london yang memerlukan celupan coklat. Cara-cara untuk membuat biskut coklat rice juga tidaklah rumit. Anda boleh menghasilkan biskut coklat rice sendiri di rumah. Jadi pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda berkenaan dengan resepi biskut coklat rice yang sedap.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Biskut Coklat Rice

  • 250 gram butter
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan nestum (dikisar)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Untuk hiasan: 1 biji putih telur dan coklat rice secukupnya

Cara-Cara Untuk Membuat Resepi Biskut Coklat Rice

  1. Campurkan butter yang telah dilembutkan pada suhu bilik, gula icing, kuning telur & esen vanila. Kacau kesemuanya hingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan nestum yang telah dikisar tadi bersama dengan serbuk koko dan kacau adunan hingga sebati.
  3. Selepas itu, masukkan pula tepung jagung dan tepung gandum serta gaulkan sebati. Jika adunan lembik, boleh tambahkan sedikit tepung gandum.
  4. Canaikan dan terap doh adunan menggunakan acuan.
  5. Sapukan putih telur di atas biskut dan taburkan coklat rice.
  6. Bakar biskut dalam oven selama 20 minit pada suhu 180 C dengan menggunakan api atas dan bawah. Boleh laraskan suhu dan masa memasak mengikut oven masing-masing.
  7. Setelah masak, biarkan biskut sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum disimpan di dalam bekas.

Tips berguna:

  • Untuk melebihkan lagi rasa coklat, anda boleh meletakkan sedikit coklat cair di atas biskut dan taburkan coklat rice di atasnya. Anda boleh melakukannya setelah biskut yang dimasak disejukkan pada suhu bilik.
  • Boleh juga taburkan serbuk koko atau milo di atas biskut mengikut selera masing-masing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × two =