Resepi Kerabu Timun Mudah dan Menyelerakan

resepi kerabu timun

Bagaimanakah cara untuk menyediakan resepi kerabu timun yang mudah tapi menyelerakan? Kerabu timun juga terdapat pelbagai variasi penghasilannya. Terdapat kerabu timun yang menggunakan santan manakala ada yang tidak menggunakan santan.

Terpulang atas citarasa masing-masing. Pada pendapat pendapat saya, kedua-dua jenis penyediaan kerabu timun ini mempunya keunikan rasa yang tersendiri dan enak dimakan bersama nasi panas mahupun diratah begitu sahaja.

Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan kerabu timun yang mudah tapi menyelerakan.

Pengenalan

Kerabu merupakan salah satu hidangan popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana cara penghasilannya yang sangat mudah, bahan yang mudah untuk didapati, rasa yang enak dan hidangan yang sihat.

Terdapat pelbagai variasi kerabu dan juga pelbagai cara penghasilannya. Kerabu juga sudah menjadi antara hidangan pilihan pengamal makanan sihat yang sememangnya mengamalkan diet eat clean.

Cara penghasilan kerabu sememangnya tidak menggunakan sebarang minyak di samping sangat mudah untuk dihasilkan. Kerabu timun sangat sesuai dimakan bersama nasi putih panas atau dimakan begitu sahaja.

Malah, kelebihan kerabu timun ini adalah timun atau mentimun adalah tanaman yang sangat mudah untuk ditanam dan diperolehi di Malaysia di samping khasiatnya yang boleh menghidratkan tubuh badan kita, membuang toksin dalam badan, mempunya sumber vitamin yang diperlukan oleh badan seharian, dan banyak lagi manfaatnya. Mari kita cuba resepi kerabu timun seperti di bawah.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 5 orang

Bahan-bahan Resepi Kerabu Timun

  • 2 batang timun yang telah disagat
  • Setengah batang lobak merah yang telah disagat
  • 1 biji tomato yang telah dipotong halus
  • Setengah biji limau nipis (boleh ditambah jika sukakan rasa yang masam)
  • 1 tangkai cili besar merah yang telah dihiris
  • 1 biji bawang besar yang telah dihiris
  • 1-2 ulas bawang putih yang dicincang halus
  • 2 sudu besar kacang tanah yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar (seeloknya dibuang kulit kacang tanah)
  • 1 sudu besar udang kering yang telah dibasuh bersih dan digoreng tanpa minyak.
  • 1 sudu besar kicap sotong
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1 sudu kecil bijan (optional. Bagi yang tidak menggemari minyak bijan, tidak perlu letak)

Cara Penyediaan Resepi Kerabu Timun

  1. Sediakan mangkuk yang besar untuk mengadun kerabu timun kita sebentar lagi. Sagat timun dan lobak merah yang telah dibasuh bersih dengan menggunakan pisau sagat dan satukan bahan sagat tersebut di dalam mangkuk besar yang telah kita sediakan tadi.
  2. Kemudian, potong tomato kepada lapan bahagian anggaran saiz setengah inci. Seterusnya, hiriskan cili besar merah dan juga bawang besar. Cincang halus bawang putih. Dan satukan kesemua bahan tersebut ke dalam mangkuk besar yang berisi bahan sagat. Gaulkan bahan-bahan tersebut supaya sebati dan sekata.
  3. Seterusnya, masukkan gula pasir, udang kering yang telah dibasuh bersih dan digoreng tanpa minyak, kacang tumbuk, air perahan limau nipis dan sos ikan. Kacau lagi supaya ramuan sebati dan sekata. Anda boleh rasa terlebih dahulu dan baiki ikut citarasa anda.
  4. Apabila semua rasa sudah lengkap, bolehlah hidangkan kerabu timun kita bersama nasi putih ataupun dimakan begitu sahaja.
  5. Mudah bukan? Selamat mencuba resepi ini.

Tips berguna

  • Bagi mengelakkan kerabu timun terlalu berair, pastikan anda memilih timun yang tidak terlalu banyak biji dan tidak terlalu berair. Ataupun, anda boleh potong dan buang bahagian biji yang berair sebelum menyagat timun itu. Kerabu timun anda juga boleh bertahan lebih lama

Resepi Kerabu yang Lain

Kerabu UlamKerabu Udang
Kerabu SotongKerabu Timun
Kerabu DagingKerabu Mangga
Kerabu Pucuk PakuKerabu Maggi

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

three × 4 =