resepi kuih kaswi

Resepi Kuih Kaswi yang Sedap dan Enak

Untuk perkongsian hari ini, kami dari The Resepi ingin berkongsikan tentang resepi kuih kaswi. Di sini kami akan berikan apakah bahan bahan yang diperlukan, serta tips yang berguna untuk para pembaca dalam menyediakan kuih ini.

Pengenalan

Kuih kaswi ini merupakan sejenis kuih yang agak mudah untuk dibuat. Tekstur nya yang lembut dan ditambah dengan rasa manis dan masin kelapa parut di atasnya menjadikan kuih ini amat enak untuk di makan samada ketika sarapan pagi mahupun ketika minum petang.

Jadi tanpa membuang masa lagi,  mari kita cuba buat dengan resepi yang kami sediakan di sini.

Masa penyediaan : 10 hingga 15 minit

Masa memasak : 20 hingga 30 minit

Jumlah Hidangan : 10 orang

Bahan untuk Resepi Kuih Kaswi

a) Bahan A:

  • 1 helai daun pandan
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula putih
  • 2 cawan air

b) Bahan B:

  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar air bancuhan kapur
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 cawan tepung gandum

c) Bahan C:

  • Garam
  • Kelapa parut

Cara Penyediaan Resepi Kuih Kaswi

  1. Pertama sekali, anda carikkan daun pandan dan simpulkan
  2. Kemudian, masakkan semua bahan A tadi dan tapis
  3. Seterusnya, ambil mangkuk yang lain dan masukkan kesemua bahan B
  4. Kemudian, ambil semula bahan A yang sudah anda tapis tadi dan tuang perlahan lahan ke dalam mangkuk tersebut
  5. Kacau hingga semuanya sebati
  6. Ambil loyang dan perlahan lahan anda tuangkan adunan hingga 3/4 penuh
  7. Kukus adunan tadi selama 25 hingga 30 minit
  8. Setelah selesai anda kukuskan adunan itu tadi, angkat dan sejukkan kuih sebelum dipotong
  9. Sementara itu, ambil bahan C dan gaulkan kesemuanya.
  10. Kemudian, salutkan pada kuih yang sudah dipotong tadi

Hidangkan dan selamat menjamu selera.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Semasa mengukus adunan, pastikan tudung pengukus itu dibalut dengan kain bersih, ini untuk mengelakkan air kukusan dari pengukus tersebut jatuh menitis ke atas kuih.
  • Jika anda tiada gula merah dan mahu menggantikan dengan bahan yang lain, anda boleh juga gunakan kepingan gula melaka. Selain itu, anda boleh juga mencampurkan kedua dua gula tersebut dengan anggaran sebanyak 1 cawan
  • Untuk membuatkan kuih lebih wangi apabila siap dikukus, anda boleh masak dahulu gula merah dan putih bersama dengan daun pandan.
  • Untuk menentukan kuih kaswi yang anda kukus dalam keadaan elok, anda boleh lihat pada teskturnya yang lembut, tidak terlalu keras dan masih bergoyang

Selamat mencuba dan menjamu selera

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + nineteen =