resepi sup ayam ala thai

Resepi Sup Ayam ala Thai yang Mudah dan Sedap 

Resepi kali ini berasaskan masakan ala thai iaitu sup ayam ala thai. Sup ayam sangat digemari oleh semua peringkat umur tanpa mengira tua atau muda. Rasa sup ayam ala thai yang masam dan pedas ini begitu memikat selera sesiapa sahaja.

Menu ini juga merupakan salah satu menu yang popular di kedai masakan thai. Kini, anda juga boleh hasilkan sendiri sup ayam thai anda hanya di rumah.

Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapati. Cara penyediaan sup ayam ini juga amat mudah untuk dimasak. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk memasak sup ayam ala thai yang mudah dan sedap.

Pengenalan

Sup ayam mempunyai pelbagai cara untuk menghasilkannya. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Ada pelbagai jenis sup ayam iaitu sup ayam mamak, sup ayam thai & sup ayam biasa. Bezanya adalah pada rempah dan rasa.

Sup ayam thai mempunyai rasa yang lebih masam dan pedas berbanding sup ayam lain. Sup ayam thai lebih enak jika dimakan bersama nasi putih panas-panas. Saya akan kongsikan resepi sup ayam ala thai seperti di bawah.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan Resepi Sup Ayam ala Thai yang Mudah dan Sedap

  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 inci halia (ditumbuk halus)
  • 4 biji bawang merah (dipotong kasar)
  • 1 biji bawang besar (dipotong kasar)
  • 1 batang serai (dipotong kasar)
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang saderi (dipotong)
  • 1 batang lobak merah (dipotong)
  • Garam (secukup rasa)
  • Stok ayam / kiub pati ayam
  • Gula (secukup rasa)
  • Sos ikan (secukup rasa)
  • Cili padi dan cili api (mengikut kepedasan masing-masing dan dihiris nipis)
  • Sup bunjut
  • Air masak secukupnya
  • Daun ketumbar (dihiris nipis)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)

Cara- cara menyediakan Sup Ayam ala Thai

1. Pertama sekali, panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai dan daun limau purut sehingga layu dan naik bau. Kacau dengan api perlahan.

2. Kemudian, masukkan air masak secukupnya disertakan dengan sup bunjut. Renehkan sup sehingga menggelegak. Masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. 

3. Setelah itu, masukkan batang saderi dan lobak merah. Masak seketika sehingga ayam masak.

4. Selepas itu, masukkan garam, gula, sos ikan dan stok ayam. Suaikan rasa mengikut citarasa.

5. Kemudian, masukkan tomato, cili padi dan daun ketumbar. 

6. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih panas. 

Selamat mencuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − nine =