resepi air katira

Resepi Air Katira Istimewa Dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi air katira yang sedap dan menghilangkan haus? Air katira merupakan minuman yang unik dan popular dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya di negeri Johor. Air ini selalunya berwarna hijau muda seakan-akan seperti air tembikai susu. Warna hijau air katira adalah warna semula jadi daripada daun pandan.

Kelazatan air katira menarik minat ramai orang selain ia turut mempunyai khasiat tersendiri iaitu kandungan getah katira atau getah anggur yang terdapat dalam ramuan minuman ini. Oleh sebab itulah, minuman ini dinamakan air katira. Selain getah katira, antara bahan berkhasiat lain yang terdapat dalam minuman ini adalah kacang tanah, kurma, kismis, biji selasih dan buah kembang semangkuk.

Pengenalan Air Katira

Air katira selalunya dijual dan dihidang pada bulan Ramadhan sebagai minuman ketika berbuka puasa. Air ini dihidangkan sejuk sama seperti pelbagai jenis minuman manis yang lain. Selain mendapatkan air katira di gerai-gerai jalanan, anda juga boleh membuat sendiri minuman berkhasiat ini. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat air katira juga boleh didapati di pasaraya dan kedai runcit. Mari kita pelajari cara-cara membuat air katira yang istimewa ini.

Bahan-Bahan untuk Resepi Air Katira

  • Kismis
  • Garam, secubit
  • Gula pasir, dua cawan
  • Kacang tanah segenggam digoreng
  • Badam segenggam
  • cincau 1/2 cawan
  • getah katira, 3 keping
  • susu cair, 1 tin
  • kurma 7 biji
  • biji selasih 1 genggam
  • buah kembang semangkuk, 3 biji
  • cendol 2 cawan
  • Daun Pandan 2 helai

Cara Penyediaan Resepi Air Katira

Sirap Katira

  • Sirap akan dibancuh terlebih dahulu sebelum air katira dibuat, jadi kita akan mulakan dengan membancuh sirapnya dahulu ya.
  • Rebus  3 cawan air hingga mendidih
  • Kemudian, anda masukkan pula 2 cawan gula pasir, daun pandan(yang sudah dikisar). Kacau hingga semuanya larut
  • Apabila semua sudah larut, tutup api dan kemudian tuangkan serta tapis air gula hijau ke dalam bekas lain
  • Simpan seketika dan letak dahulu di tepi

Susu Badam

  • Seterusnya, kita ambil pula badam dan kisar bersama sama dengan secawan air
  • Renehkan bancuhan badam di atas api
  • Setelah beberapa minit bancuhan itu mendidih, padamkan api tadi
  • Kemudian, tapiskan bancuhan badam dan tuang juga kedalam bancuhan pertama tadi, iaitu bancuhan air gula hijau

Air Katira

  • Ambil kurma yang sudah anda carik carikkan tadi dan masukkan ke dalam bekas air
  • Ambil dan masukkan juga biji katira, biji selasih serta buah kembang semangkuk
  • Setelah itu, ambil susu pekat, cendol dan juga secubit garam, kacau kesemuanya hingga sebati
  • Taburkan cincau, kismis ataupun kacang sebagai toppings kepada air katira
  • Tuang di dalam gelas dan sedia untuk di nikmati (tambahkan ais mengikut selera)

 selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Jangan lupa amalkan SOP, sampai berjumpa lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 − 1 =