Resepi Sate Daging

Resepi Sate Daging Yang Empuk Dan Lazat

Bagaimanakah cara untuk menyediakan resepi sate daging yang empuk dan lazat? Sate merupakan hidangan yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Sate daging dan sate ayam merupakan jenis sate yang sering dijual oleh peniaga. Keenakan rempah perap yang digunakan untuk memerap sate memberikan rasa sate yang sedap dan manis. Sate daging yang empuk dan ‘juicy’ adalah ciri-ciri utama menjadikan sate ini kegemaran ramai. Rasa sedap sate daging akan lebih sempurna dengan kehadiran kuah kacang, sambal cili kering, nasi impit dan potongan timun.

Pengenalan

Hidangan sate daging sangat digemari oleh orang ramai, tidak kira yang muda mahupun yang tua. Bukan itu sahaja, sate ini menjadi salah satu makanan yang terkenal di negara negara asia seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Pembuatan sate tidaklah begitu rumit. Anda boleh cuba membuatnya sendiri di rumah. Selain menjimatkan kos, anda juga boleh menghasilkan jumlah batang sate mengikut keinginan anda. Jadi, pada kali ini, penulis ingin berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk membuat sate daging. Mari kita mulakan. Semoga berjaya.

Masa hidangan: 30-60 minit

Jumlah hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Sate Daging

  • 1kg daging dihiris kecil bentuk kiub
  • Sebungkus lidi penyucuk sate
  • 10 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 5 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 4 inchi halia
  • 4 inchi lengkuas
  • 2 batang serai
  • Garam secukupnya

Cara-Cara Membuat Resepi Sate Daging

  1. Hiris halus daging dan basuhkan bersih daging yang siap dihiris. Kemudian toskan airnya.
  2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, gula melaka, jintan manis, jintan putih, halia, lengkuas dan serai. Ketepikan.
  3. Masukkan bahan kisar, garam secukup rasa dan serbuk kunyit kedalam bekas. Kacau supaya sekata dan rasanya sempurna.
  4. Masukkan daging yang sudah dibersihkan kedalam bekas yang berisi kuah perapan tadi. Gaulkan hirisan daging bersama kuah perapan. Gaul sehingga sekata.
  5. Kemudian masukkan kedalam peti ais dan perapkan selama 2 jam sekurang kurangnya.
  6. Keluarkan dan cucuk di lidi. Buat sehingga habis hirisan daging.
  7. Siap dicucuk lidi, boleh dibakar di atas pemanggang api arang.
  8. Siap masak dan boleh lah dihidangkan bersama kuah kacang dan nasi impit serta timun dan bawang yang siap dipotong.

Tips Berguna

  • Pastikan air daging ditoskan dengan betul supaya kuah perapan tidak menjadi cair dan rasanya menjadi kurang.
  • Seeloknya daging diperap semalaman untuk memastikan proses penyerapan sempurna.
  • Rendam lidi sate terlebih dahulu untuk mengelakkan batang sate mudah terbakar ketika memanggang.
  • Sentiasa balik balik kan satay ketika bakar agar tidak hangus dan tektur daging tidak kering.
  • Boleh sediakan sedikit minyak masak bercampur dengan santan untuk oleskan pada satay ketika bakar dengan menggunakan sebatang serai yang diketuk hujungnya.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai pemanggang api, anda juga boleh menggunakan kuali leper dan masak diatas dapur.
  • Makan bersama keluarga pasti seronok!

Selamat menjamu selera dan selamat mencuba!

Resepi-resepi lain:

  1. Resepi Sate Ayam
  2. Resepi Kuah Kacang
  3. Resepi Kambing Perap
  4. Resepi Ayam Perap
  5. Resepi Sos BBQ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − 17 =