Resepi Sate Ayam

Resepi Sate Ayam Yang Sedap Dan Mudah

Bagaimanakah cara untuk membuat sate ayam yang sedap dan mudah? Sate merupakan hidangan istimewa yang terkenal di asia tenggara tidak kira di Malaysia, Indonesia, Singapura dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis sate seperti sate ayam, sate kambing, sate daging dan banyak lagi. Sate juga adalah menu kegemaran orang ramai tidak kira peringkat usia dan juga pelbagai bangsa.

Pengenalan

Sate bermaksud potongan isi daging yang dicucuk pada lidi atau buluh dan dibakar di atas arang api. Isi daging ini diperap dengan bahan-bahan tertentu dan menjadikannya rasa lebih manis dan beraroma. Sate sering menjadi salah satu menu pilihan pada majlis-majlis keraian seperti majlis berbuka puasa, rumah terbuka dan majlis hari jadi. Untuk lebih jimat, anda boleh menghasilkan sendiri sate di rumah. Bahan-bahan untuk membuat sate ayam juga sangat mudah untuk didapati dan tidak renyah untuk membuatnya. Mari kita pelajari cara-cara membuatnya.

Bahan-Bahan untuk Resepi Sate Ayam

  • 2 kg isi ayam
  • 1/2 kg gula
  • 4 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 4 batang serai
  • 5 inci halia
  • 5 inci lengkuas
  • 2 sudu makan serbuk jintan manis
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara menyediakan Resepi Sate Ayam

  1. Asingkan isi ayam dan tulang ayam didalam bekas yang berlainan. Kemudian basuh isi ayam sehingga bersih. Lumurkan dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir ayam. Basuh lagi dengan air bersih. Toskan airnya dan ketepikan.
  2. Kisar halus bawang putih, bawang besar, serai, halia dan langkuas. Ketepikan
  3. Tuang bahan kisar ini kedalam bekas lain. Masukkan gula dan garam secukup rasa, serbuk jintan manis dan serbuk kunyit. Gaulkan sebati kuah perapan ini.
  4. Kemudian masukkan isi ayam kedalam bekas yang berisi kuah perapan sate. Gaul dengan betul agar isi ayam dapat menyerap kuah perapan.
  5. Simpan kan ke dalam peti ais selama 1 jam dan keluarkan.
  6. Cucuk isi ayam yang siap diperap dengan lidi atau buluh. Buat sehingga habis.
  7. Hidupkan api dan mulakan masak sate anda.
  8. Siap dan boleh dihidangkan bersama kuah kacang.

Tips Berguna

  • Rendamkan lidi dalam air terlebih dahulu sebelum diisi dengan daging ayam supaya lidi tidak mudah terbakar semasa proses memanggang.
  • Sekiranya anda tidak ada pemanggang dirumah, anda juga boleh menggunakan kuali leper dan masakkan sate diatas dapur.
  • Pastikan air isi ayam ditoskan dengan betul supaya kuah perapan tidak menjadi cair dan menghilangkan rasanya.
  • Bagi menambahkan rasa yang sedap, sate boleh dihidangkan bersama nasi impit, bawang besar dan timun yang siap dipotong.
  • Jangan bakar sate terlalu lama untuk mengelakkan air dari sate hilang dan menyebabkan tekstur sate menjadi kering.
  • Sentiasa balik balikkan sate supaya masak sekata.

Resepi-resepi lain:

  1. Resepi Sate Daging
  2. Resepi Kuah Kacang
  3. Resepi Kambing Perap
  4. Resepi Ayam Perap
  5. Resepi Sos BBQ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty + eighteen =