Bagaimanakah cara untuk membuat kambing perap yang mudah dan sedap? Kambing perap merupakan menu yang menjadi pilihan ramai bagi aktiviti BBQ terutamanya ketika berkelah. Daging kambing dipilih berbanding daging lembu kerana tekstur daging kambing lebih lembut, ‘juicy’ dan berlemak berbanding daging lembu. Selalunya hidangan kambing bakar yang telah diperap ini disediakan bersama dengan kentang putar, sos lada hitam dan ‘coleslaw’.
Pengenalan
Kambing perap yang telah siap dipek boleh didapati di kedai dan pasaraya dengan pelbagai jenama. Produk seperti ini perlu di cairkan terlebih dahulu sebelum dimasak. Namun, tidak semua produk kambing perap menjanjikan kelazatan bahan perapan bahkan ada yang banyak dicampur dengan air dan kurang menyerapi daging kambing tersebut. Terdapat juga produk kambing perap yang dijual dengan harga yang mahal dengan mengandungi hanya beberapa ketul daging sahaja. Oleh itu, bagi memuaskan hati dan menjimatkan kos, penulis ingin mengajak anda untuk mempelajari cara-cara untuk membuat kambing perap sendiri dengan hasil yang memuaskan. Pembuatan kambing perap tidaklah begitu rumit. Anda sendiri boleh mencubanya dan mengolah mengikut citarasa anda. Mari kita pelajari cara-cara penyediaannya.
Masa penyediaan: 30 – 120 minit
Jumlah hidangan: 2 – 3 orang
Bahan-Bahan untuk Resepi Kambing Perap
- 5-6 keping daging kambing (bahagian shoulder)
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos lada hitam.
- 3 sudu besar kicap
- 2 inchi halia
- Gula
- Garam
- Serbuk lada hitam
- Daun rosemary
Cara-Cara membuat Resepi Kambing Perap
- Basuh bersih kepingan kambing dengan air bersih. Toskan airnya dan ketepikan.
- Masukkan sos tiram, sos lada hitam, kicap, halia yang siap dihiris halus, gula dan garam secukup rasa, sedikit serbuk lada hitam dan daun rosemary ke dalam bekas.
- Kacau ke semua bahan supaya sebati dan cukup perasanya.
- Kemudian masukkan kepingan daging kambing ke dalam bekas yang berisi sos perapan.
- Gaulkan kepingan daging dengan sos perapan sehingga sebati dan sekata.
- Tutupkan bekas dengan plastic wrapping atau aluminium foil. Simpankan didalam peti ais semalaman.
- Keluarkan keesokkan harinya, boleh lah dibakar didalam oven atau pun tempat pemanggang.
- Sekiranya anda menggunakan oven, anda boleh membakar dengan suhu 200C selama 1 hingga 1 ½ jam.
- Pastikan daging kambing anda masak dengan sempurna dimana daging kelihatan sedikit hangus.
- Boleh diangkat dan siap untuk dimakan.
Tips Berguna:
- Pastikan selepas membasuh daging kambing ditoskan air dengan betul supaya Ketika proses perapan tidak cair dan berair.
- Sedap dimakan bersama kuah blackpaper atau makan begitu saja
- Sekiranya menggunakan oven masa dan suhu bergantung pada oven itu sendiri dimana mungkin dilebihkan atau dikurangkan masa dan suhunya.
- Sekiranya sos perapan ada lebih, anda juga boleh menyalutkan kepada sosej atau burger sebelum dibakar.
Selamat mencuba!