Resepi Ayam Perap

Resepi Ayam Perap BBQ Yang Lazat dan Menyelerakan

Bagaimanakah cara untuk membuat ayam perap BBQ? Ayam perap BBQ biasanya dipanggang semasa aktiviti berkelah atau di majlis keramaian. Selain ayam, antara yang selalu menjadi pilihan bagi menu BBQ adalah kambing, daging lembu, sosej bakar dan sebagainya. Dalam aktiviti panggang ini, sos perapan yang lazat harus disediakan terlebih awal bagi memerap ketulan ayam dalam tempoh tertentu. Pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda untuk menyediakan resepi ayam perap BBQ yang mudah tetapi pasti sedap dan lazat.

Pengenalan

Bahan-bahan untuk buat sos perapan yang akan dikongsikan penulis ini mudah dicari dan tidak rumit. Untuk mendapatkan ayam perap yang sedap dan ‘juicy’, ia perlulah diperap semalaman bersama dengan sos perapan yang akan disediakan. Lagi lama diperap, lagi sedap rasa ayam tersebut. Tak perlu berceloteh panjang lagi, mari kita mulakan resepi kita kali ini. Semoga Berjaya!

Masa hidangan: 30-120 minit

Jumlah hidangan: 5-6 orang makan

Bahan-Bahan Untuk Resepi Ayam Perap

  • 12 ketul ayam
  • 3 biji bawang merah
  • 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 senduk cili kering kisar
  • ½ sudu besar lada hitam
  • Dua sudu besar sos BBQ
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos blackpaper
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Minyak masak
  • Daun rosemary (ikut pilihan masing-masing)

Cara-Cara Membuat Resepi Ayam Perap

  1. Basuh bersih ketulan ayam dan lumurkan dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir. Kemudian basuh bersih ketulan ayam dengan air bersih. Toskan airnya.
  2. Kelarkan setiap ketulan ayam dengan 2-3 hirisan supaya proses penyerapan berlaku dengan betul dan samapi ke tulang ayam.
  3. Kisar halus bawang merah, bawang putih dan serai. Ketepikan.
  4. Tumbuk kasar lada hitam dan ketepikan.
  5. Masukkan bahan kisar, bahan tumbuk, cili kering kisar, sos bbq, sos tiram, sos blackpepper, kicap manis, gula pasir, minyak, daun rosemary dan serbuk cili kedalam bekas. Gaulkan sebati ke semua adunan ini. Pastikan rasa cukup dan sekiranya ada rasa kekurangan boleh lah tambah bahan bahan untuk menyedapkan sos perapan anda.
  6. Kemudian masukkan ayam kedalam bekas. Gaul sebati ayam dengan sos perapan. Pastikan ayam ditoskan airnya dengan betul supaya tidak menyebabkan sos perapan menjadi cair.
  7. Tutup dengan plastic wrapping atau aluminium foil dan simpankan ke dalam peti ais semalaman.
  8. Keluarkan dan boleh lah bakar ayam didalam oven atau tempat pemanggang.
  9. Sekiranya anda menggunakan oven, bakar dengan suhu 200C selama 40 minit. Gunakan api atas bawah. Kemudian bakar lagi selama 20 minit tetapi menggunakan api atas sahaja dengan suhu 180C.
  10. Siap dan boleh dimakan bersama sos blackpaper atau makan begitu sahaja.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − fifteen =