Resepi Serunding Ayam

Resepi Serunding Ayam yang Sedap dan Mudah

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan serunding ayam yang sedap dan mudah untuk disediakan? Serunding ayam merupakan menu yang sesuai dimakan bersama nasi impit ataupun ketupat dan sering dihidangkan pada musim perayaan. Serunding ayam ini juga mudah untuk didapati di kedai, pasaraya dan juga kedai dalam talian. Hal ini kerana serunding ayam mengambil masa yang agak lama untuk dimasak.

Selain itu, serunding ayam ini juga boleh dijadikan inti di dalam ketupat ataupun popia simpul. Kelebihan serunding ini adalah ia tahan lama dan sesuai dijadikan sebagai bekal anak untuk ke asrama. Boleh makan bersama nasi dan sebagainya. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan serunding ayam yang sedap dan mudah.

Pengenalan

Serunding ayam merupakan makanan yang popular di Kelantan. Kebiasaannya, pada musim perayaan, orang akan membeli serunding ayam ini dari kedai online di Kelantan. Serunding ayam sangat mudah untuk didapati dan juga mudah untuk dihasilkan. Oleh itu, anda juga boleh mencubanya di rumah untuk dijadikan stok makan bersama nasi putih panas pun boleh. Mari kita cuba resepi serunding ayam yang sedap dan mudah.

Masa Memasak: 3 jam 30 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Serunding Ayam

  • 1 kilo isi ayam atau seekor ayam (ambil isi sahaja)
  • 1 kilo santan 
  • 3 genggam jintan manis atau jintan kasar (dikisar terlebih dahulu)
  • 3 genggam ketumbar (dikisar terlebih dahulu)
  • 10 ulas bawang besar (dikisar terlebih dahulu)
  • 10 ulas bawang putih (dikisar terlebih dahulu)
  • 2 senduk gula pasir
  • garam secukup rasa 
  • 5 senduk cili kering kisar (bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing)
  • 1 inci halia (dikisar terlebih dahulu)
  • 1 inci lengkuas (dikisar terlebih dahulu)
  • Sepaket kerisik. 
  • Minyak untuk menumis 
  • Secawan air asam jawa, 

Cara- Cara memasak Resepi Serunding Ayam

1. Mula-mula, bersihkan ayam terlebih dahulu dan rebuskan isi ayam sehingga masak empuk dan angkat lalu ditoskan. Kemudian, siat-siatkan isi ayam yang telah siap direbus tadi.

2. Sediakan kuali dan masukkan minyak. Tunggu sehingga minyak panas kemudian masukkan bahan-bahan kisar seperti bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Tumiskan sehingga pecah minyak dan naik bau.

3. Untuk jintan manis atau jintan kasar dan ketumbar pula perlu disangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu kemudian dikisar secara kasar sedikit.

4. Apabila bahan tumis agak sedikit garing, masukkan pula cili kering kisar. Sambung tumi sehingga cili kering masak. Untuk dapatkan cili kering yang garing dan cepat masak, masukkan gula pasir. Tumis sehingga lada kering garing dan masak.

5. Seterusnya, masukkan pula jintan manis atau jintan kasar dan ketumbar yang telah dikisar kasar sebentar tadi.

6. Selepas itu, masukkan santan dan gaulkan sebati dan masukkan isi ayam yang telah dicarik tadi.

7. Selepas itu, masukkan garam dan kerisik pula. Kacau sebati lagi dan masukkan pula air asam jawa.

8. Masakkan lagi dengan menggunakan api yang perlahan selama lebih kurang 3 jam. Bila dah masak kering dan garing baru angkat.

9. Bolehlah dimakan bersama nasi impit atau ketupat.

Selamat mencuba.

Resepi Terkenal Di Hari Raya

Resepi Serunding DagingResepi Serunding Ayam
Resepi LemangResepi Rendang Ayam
Resepi Rendang DagingResepi Kuah Kacang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 + eleven =