resepi daging masak hitam

Resepi Daging Masak Hitam Yang Lazat

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi daging masak hitam? Artikel ini akan membincangkan dengan ringkas bagaimanakah cara untuk memasak resepi ini. Bahkan kami juga akan membincangkan bahan-bahan dan tips yang berguna untuk masakan ini. Jom baca untuk mengetahui cara masakan ini.

Pengenalan Daging Masak Hitam

Daging masak hitam ini amat popular dan dihidangkan ketika majlis majlis keramaian seperti majlis perkahwinan ataupun kenduri. Rasa yang lengkap dengan kombinasi manis dan pedas membuatkan hidangan ini laku habis dan membuatkan sesiapa pun kecur lidah. Ia juga sering dimasak dalam majlis-majlis yang lain

Jadi tanpa banyak membuang masa, mari kita cuba buat dengan resepi yang telah kami sediakan di sini.

Masa untuk Memasak : 25 – 30 minit

Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan Untuk Resepi Daging Masak Hitam

Bahan bahan Asas :

  • 700 – 900g daging yang dipotong nipis (ikut kuantiti yang anda mahu)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Bunga lawang 3 kuntum
  • 1 batang kayu manis

Bahan untuk perapan :

  • 6 – 7 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram

* Daging diperap dengan perapan ini selama setengah jam.

Bahan untuk dikisar :

  • Bawang merah 15 biji
  • Bawang putih 8 ulas
  • cili kering (ikut anggaran yang anda mahu)
  • Halia 1 inci

* Goreng dahulu bahan ini sebelum dikisar halus

Cara Penyediaan Resepi Daging Masak Hitam

  1. Daging yang sudah dipotong tadi diperap dengan bahan perapan yang telah disediakan selama  30 minit
  2. Panaskan minyak masak
  3. Tumis bunga lawang dan kayu manis hingga naik aroma
  4. Masukkan bahan yang sudah dikisar dan masak hingga pecah minyak
  5. Masukkan daging yang sudah diperap
  6. Kacau sebentar serta masukkan sedikit air dan air asam jawa
  7. Masak sehingga kuah nampak pekat
  8. Anda boleh tambah gula dan garam sebagai perasa mengikut selera anda
  9. Hidangan siap

Tips Ringkas

  • Hidangan ini sesuai dimakan dengan nasi briyani, nasi minyak ataupun nasi putih

Selamat mencuba resepi yang kami kongsikan pada kali ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × one =