Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Best

resepi daging goreng kunyit

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi daging goreng kunyit? Artikel ini akan membincangkan berkenaan cara, bahan-bahan dan tips untuk memasak masakan daging goreng kunyit ini.

Apa hidangan ringkas yang boleh anda cuba masak ketika tiada idea memasak? Jika anda ada bahan bahan seperti yang dinyatakan, tak salah kalau anda mencubanya. Untuk resepi hari ini, kami dari The Resepi akan berkongsikan dengan anda dengan satu menu yang mudah dan cepat untuk dimasak. Jadi, mari kita cuba sekarang.

Pengenalan

Daging goreng kunyit merupakan satu hidangan yang ringkas dan cepat dibuat. Gabungan rasa lembut pada tekstur daging  dan ditambah dengan rasa rempah yang digaul sebati memang akan mengecurkan lidah. Dengan waktu penyediaan yang tidak lama, sememangnya hidangan daging goreng kunyit ini menjadi pilihan tepat buat mereka yang agak kesuntukan masa untuk memasak.

Jadi, mari kita cuba buat dengan resepi yang kami kongsikan di sini.

Masa untuk memasak : 20-25minit

Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-bahan Resepi Daging Goreng Kunyit

Bahan asas

  • 1/2 kg daging
  • Minyak
  • 2 ulas bawang putih yang dicincang halus
  • Lobak merah yang dihiris
  • Cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • Daun bawang

Bahan untuk perapan :

  • Garam
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar

Cara Penyediaan Resepi Daging Goreng Kunyit

  1. Hiris daging dan bersihkan dengan air. Toskan
  2. Kemudian, gaulkan daging dengan bahan perapan dan asingkan.
  3. Panaskan minyak dan mula menggoreng daging sehingga air daging kelihatan kering.
  4. Apabila sudah mula kering, masukkan bawang putih dan kacau sehingga mulai kekuningan
  5. Masukkan lobak merah dan cili merah
  6. Setelah semua mulai sekata dan sebati, masukkan hirisan bawang besar dan kacau semula hingga semua sebati dan layu
  7. Jika semua sudah sekata, angkat dan taburkan dengan hirisan daun bawang sebagai hiasan.

Tips Ringkas

  • Potong daging melawan arah urat daging supaya daging lebih empuk dan tidak liat ketika dimasak.
  • Jika tiada serbuk ketumbar atau jintan putih, boleh saja gunakan serbuk kunyit.

Selamat mencuba.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

seventeen − one =