Resepi Bihun Sup Bebola Daging Yang Lazat

resepi bihun sup

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi bihun sup yang sedap? Artikel ini akan membincangkan bahan-bahan, cara penyediaan dan juga tips-tips yang berguna untuk menghasilkan resepi bihun sup yang lazat

Apa itu Bihun Sup?

Bihun atau juga dikenali sebagai mihun atau mi siam di Selatan Malaysia merupakan salah satu bahan makanan yang datang dari China, diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk seperti mi namun lepih nipis. Sup pula merupakan sejenis hidangan berbentuk cecair yang menggabungkan pelbagai jenis rempah dan stok rebusan yang didih bersama untuk membentuk satu hidangan yang pekat dan lazat.

Masa untuk memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan:  6 orang makan

Bahan-bahan Resepi Bihun Sup

Bahan-Bahan Asas:

  • 500g bihun
  • 500g daging batang pinang (dipotong dadu)
  • 1 paket sup bunjut
  • 1 batang serai (dititik)
  • Bebola daging (mengikut selera)
  • Daun sup
  • Garam
  • Air secukupnya

Bahan Kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

Bahan Sambal Kicap:

  • Seulas bawang putih
  • 8-10 tangkai cili padi (dihiris)
  • Kicap manis secukupnya
  • Satu cawan air suam

Bahan Hiasan:

  • Daun sup (dihiris)
  • Bawang goreng

Cara Penyediaan Resepi Bihun Sup

  1. Celurkan bihun di dalam air yang mendidih sehingga lembut dan toskan.
  2. Sementara itu, sediakan periuk dan panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar dan serai. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan air secukupnya, dan daging yang telah dibersihkan. Pastikan daging ditenggelami air.
  4. Setelah itu, masukkan sup bunjut dan tunggu sehingga daging empuk.
  5. Apabila daging hampir empuk, masukkan bebola daging dan garam secukup rasa.
  6. Jika kuah mengering, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga proses memasak selesai.
  7. Tutup api kemudian masukkan daun sup dan kacau.
  8. Untuk menyediakan sambal kicap, tumbuk kasar bawang putih dan cili padi yang telah dihiris. Kemudian maskkan ke dalam mangkuk, dan tuang kicap manis sehingga menutup bahan yang ditumbuk tadi. Seterusnya, masukkan satu cawan air suam dan gula dan kacau sehingga sebati.
  9. Hidangkan bihun sup bersama taburan hirisan daun sup dan bawang goreng mengikut selera anda.

Tips Berguna

  • Bebola daging akan terapung apabila ianya telah cukup masak.
  • Untuk penggunaan bahagian daging yang lambat empuk, dinasihatkan untuk merebus dahulu daging tersebut ataupun gunakan ‘pressure cooker’.
  • Resepi ini juga boleh diubah dengan menggantikan daging dengan ayam untuk menghasilkan bihun sup ayam.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

17 − 9 =