Resepi Sos BBQ

Resepi Sos BBQ Yang Enak Sesuai Untuk Pelbagai Menu

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi sos BBQ yang enak dan sesuai untuk pelbagai menu? Hidangan menu berpanggang seperti ayam, kambing dan sebagainya pasti tidak lengkap jika tiada pencicahnya iaitu sos BBQ. Selain membeli sos BBQ dalam botol di pasaraya, anda sebenarnya boleh menghasilkannya sendiri di rumah. Sos BBQ ini juga boleh digandingkan bersama dengan sos-sos lain seperti sos mustard, sos keju, sos lada hitam, mayonis dan sos cili. Pentingnya sos-sos pencicah ini adalah menambah selera dan perasa bagi hidangan berpanggang yang mempunyai sedikit rasa pahit arang.

Pengenalan

Bahan-bahan untuk menyiapkan sos BBQ adalah mudah didapati dan sangat senang untuk membuatnya. Gabungan makanan bakar dan sos BBQ ini sangat melengkapi antara satu sama lain dan menghasilkan rasa yang sedap. Masa membuatnya pun sekejap sahaja. Apa tunggu lagi, mari kita mulakan mempelajari resepi ini. Semoga berjaya!

Masa hidangan: 15-20 minit

Jumlah hidangan: 2-3 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Sos BBQ

  • 2 sudu besar mentega
  • Sebiji bawang besar Holland
  • 1 ½ sudu besar tepung gandum
  • 1 kiub pati ayam Knorr
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Dua cawan air
  • 1 ½ sudu besar lada hitam kisar kasar
  • ½ sudu besar kicap pekat
  • Garam

Cara-Cara untuk menyediakan Resepi Sos BBQ

  1. Potong dadu bawang holland dan ketepikan.
  2. Kemudian panaskan periuk dan masukkan mentega. Biarkan mentega cair dan barulah masukkan bawang besar holland. Tumiskan sehingga naik bau yang wangi.
  3. Masukkan pula tepung gandum ke dalam periuk dan kacau sehingga sekata.
  4. Selepas itu, masukkan kiub pati ayam, sos tomato, sos cili dan air. Kacau sehingga kuah menjadi sebati.
  5. Baru masukkan lada hitam dan kicap pekat. Kacau lagi agar kuah menjadi sekata dan sebati.
  6. Tutup api dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar kuah sehingga menjadi halus.
  7. Kemudian, masukkan kembali kuah yang sudah dikisar ke dalam periuk dan kacau lagi.
  8. Kuah akan menjadi pekat dan biarkan ia mendidih masak.
  9. Tutup api dan angkat.
  10. Boleh dihidangkan bersama makanan bakar anda.

Tips Berguna:

  • Sos BBQ ini juga boleh dimakan bersama dengan hidangan chicken chop atau pun kentang panggang/goreng.
  • Sekiranya anda adalah pengemar pedas, anda boleh lebihkan sedikit lada hitam bagi menaikkan rasa kepedasan yang anda mahukan.
  • Bawang besar merah juga boleh digantikan sekiranya anda tiada bawang besar holland.
  • Butter boleh digunakan sekiranya tiada mentega di rumah anda.
  • Gunakan api yang sederhana untuk masak sos bbq ini agar tidak menjadi terlalu likat dan kering.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × 3 =