Resepi Kuih Tepung Pelita

Resepi Kuih Tepung Pelita yang Sedap dan Lembut

Bagaimanakah cara untuk membuat kuih tepung pelita yang sedap dan lembut?  Kuih tepung pelita adalah sejenis kuih tradisional yang sangat popular terutama sekali pada musim Ramadhan kerana sering didapati di Bazaar Ramadhan. Ciri kuih ini adalah berwarna putih di atas dan berwarna hijau di bawah dan ia dibaluti dengan daun pandan yang mana mampu membangkitkan bau aroma pandan yang enak dan memikat hati.

Kuih tepung pelita ini merupakan sejenis kuih yang manis dan tidak hairanlah jika ia ini menjadi antara kuih yang popular pada bulan Ramadhan kerana ia seolah memberikan tenaga daripada sumber gula setelah seharian berpuasa. Sebenarnya, kuih ini juga amat mudah untuk dihasilkan. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan kuih tepung pelita yang sedap dan lembut.

Pengenalan

Kuih tepung pelita ini sering menjadi kuih wajib ketika berpuasa dengan rasanya lemak manis dan lembut begitu menarik hati sesiapa yang memakannya. Malahan, cara menghasilkannya juga amat mudah. Jikalau anda tidak mahu atau merasakan agak sukar untuk menghasilkan kuih tepung pelita di dalam daun pandan, anda juga boleh menghasilkannya di dalam bekas bulat kecil iaitu bekas dadih yang kecil. Bekas tersebut juga amat mudah untuk dijumpai. Mari kita cuba resepi kuih tepung pelita yang sedap dan lembut.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan Untuk Resepi Kuih Tepung Pelita

  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan air masak
  • 1 cawan tepung beras
  • Pewarna makanan hijau
  • Daun pandan atau bekas dadih
  • 4 cawan santan (1 kotak kecil santan yang dibancuh dengan air masak sehingga menjadi 4 cawan santan)
  • Secubit garam
  • 4 sudu besar tepung beras

Cara- Cara Memasak Resepi Kuih Tepung Pelita

  1. Mula-mula sekali, bersihkan daun pandan terlebih dahulu. Ambil daun pandan yang telah dibersihkan itu dan potong kepada 4 bahagian tapi hanya di sebelah bahagian daun pandan sahaja. Kemudian, bentukkan daun pandan yang telah dikerat itu menjadi bekas kecil. Oleh itu, jika anda ingin menggunakan bekas dadih pun boleh.
  2. Cara melipat daun pandan adalah seperti menganyam tikar di mana anda lipat daun pandan kepada dua mengikut alur tengah daun pandan. Bahagian keratan daun pandan pula dilipat seperti tikar. Kemudian, staplekan bahagian hujung daun pandan. Pastikan daun pandan berbentuk seperti bekas petak kecil.
  3. Kemudian, letakkan sedikit tepung berasa anggaran 1 sudu kecil gula pasir halus yang telah dikisar ke dalam setiap bekas daun pandan atau bekas dadih.
  4. Sementara itu, masakkan adunan bahagian bawah berwarna hijau tepung pelita. Caranya adalah masukkan tepung beras, air dan pewarna hijau ke dalam periuk. Masakkan dengan api perlahan sehingga adunan sedikit pekat. Kemudian, sudukan dalam anggaran 2 sudu besar ke dalam setiap bekas yang telah berisi gula halus tadi. Gula akan cair kerana adunan hijau tersebut panas. Tidak perlu dikukus.
  5. Seterusnya, kita beralih pula kepada cara penyediaan adunan putih tepung pelita. Caranya adalah satukan semua bahan seperti tepung beras, santan, garam dan air ke dalam periuk. Dengan api yang sederhana, kacau sebati semua bahan sehingga pekat. Apabila sudah pekat, boleh dituangkan ke atas adunan berwarna hijau sebentar tadi anggaran 2 sudu besar. Ini juga tidak perlu dikukus.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk dan boleh dimakan begitu sahaja. Lebih nikmat jika dimakan ketika sejuk.
  7. Selamat mencuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − 6 =