Resepi Kuih Lapis

Resepi Kuih Lapis yang Mudah dan Berlemak

Bagaimanakah cara untuk membuat kuih lapis yang mudah dan berlemak? Saya kira ramai yang pernah melihat dan makan kuih lapis ini. Kuih lapis berbeza dengan kek lapis tapi konsepnya tetap sama di mana dua atau tiga adunan yang berbeza yang dilapiskan secara selang seli.

Selain itu, kuih lapis merupakan sejenis kuih tradisional yang mempunyai rasa lemak manis. Jenis kuih lapis mempunyai pelbagai warna dan cantik dan mampu menjadi tarikan buat sesiapa yang memandangnya.walau bagaimanapun, warna kuih lapis yang sering ditemui adalah yang berwarna merah jambu dan putih. Tetapi, pada masa kini anda boleh dapatkan kuih lapis dengan variasi warna.  Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan kuih lapis yang mudah dan berlemak.

Pengenalan

Kuih lapis merupakan kuih yang mempunyai 10 lapisan dengan dua warna yang berbeza diselang selikan. Warna kebiasaan yang dijumpai adalah warna merah jambu diselang selikan dengan warna putih. Apabila sebut sahaja kuih lapis, saya pasti anda mungkin punyai pengalaman ‘kreatif’ semasa zaman kanak-kanak dengan cuba memisahkan lapisan kuih lapis dan makan lapisan demi lapisan. Ia begitu menyeronokkan bukan?

Cara penyediaan kuih lapis ini juga amat mudah di mana semua bahan hanya perlu dikisar menggunakan pengisar. Mari kita cuba resepi kuih lapis yang mudah dan berlemak ini.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan Untuk Resepi Kuih Lapis

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air masak
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan santan kotak
  • 1 cawan gula pasir
  • Satu sudu kecil garam
  • Pewarna makanan merah atau kordial sirap

Cara- Cara Memasak Resepi Kuih Lapis

  1. Mula-mula, satukan semua bahan di dalam pengisar. Kemudian, kisarkan semua bahan agar sebati dan sekata.
  2. Selepas itu, bahagikan adunan kepada dua bahagian jika anda mahukan dua warna yang berbeza. Jika anda mahukan lebih daripada dua warna, anda boleh bahagikan aduanan kepada warna yang dikehendaki. Dalam resepi ini saya hanya menggunakan warna yang asas iaitu putih dan merah jambu. Oleh itu, saya bahagikan adunan kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama saya hanya biarkan ia berwarna putih. Satu bahagian yang lain saya campurkan sedikit pewarna merah agar ia bertukar menjadi warna merah jambu.
  3. Sementara itu, panaskan pengukus terlebih dahulu.
  4. Di dalam loyang berbentuk petak, sapukan seikit minyak dan letakkan selapis adunan berwarna merah jambu anggaran 1 cm. Kemudian, kukuskan selama lebih kurang 7 minit. Kemudian, tambahkan pula adunan putih anggaran 1 cm ke atas adunan merah jambu yang telah siap dikukus. Kukuskan setiap lapisan lebih kurang 7 minit. Untuk lapisan yang terakhir, kukuskan selama lebih kurang 20 minit.
  5. Sejukkan seketika dan boleh dimakan begitu sahaja.
  6. Selamat mencuba.

Tips Berguna:

Sapukan minyak sedikit pada pisau agar kuih tidak melekat pada pisau ketika memotong dan agar kuih dapat dipotong dengan cantik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + twelve =