Resepi karipap

Resepi Karipap Rangup Yang Mudah

Bagaimanakah cara untuk menyediakan resepi kuih karipap yang rangup dan mudah untuk disediakan? Kuih karipap merupakan kuih tradisional yang snagag popular dan sangat mudah untuk didapati di mana-mana gerai dan pada bila-bila masa

Karipap juga sangat sesuai untuk dimakan pada waktu sarapan dan juga untuk minum petang. Kuih karipap juga amat mudah untuk dihasilkan dan sesuai untuk dijadikan sumber pendapatan. Sama ada dijual dalam bentuk yang sudah siap digoreng ataupun dibekukan dan menjadi kuih frozen yang sesuai untuk orang yang bekerja.

Hanya tinggal untuk digoreng sahaja. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan karipap yang rangup dan mudah.

Pengenalan

Karipap merupakan sejenis kuih tradisional yang sangat popular. Karipap terdapat pelbagai variasi iaitu karipap pusing dan karipap biasa dengan pelbagai inti seperti inti kentang bersama ayam, daging atau telur dan ada juga karipap inti sardin.

Oleh itu, tidak hairanlah jika karipap menjadi menu pilihan untuk sarapan pagi dan juga minum petang. Kali ini mari kita cuba resepi karipap seperti di bawah.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 3-4 orang

Bahan-bahan Masakan Kulit Karipap

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega/marjerin
  • Sedikit minyak
  • Sedikit garam
  • 1 mangkuk air beserta air batu

Cara-cara menyediakan kulit karipap

  1. Panaskan mentega/marjerin dan minyak di dalam kuali.
  2. Letakkan sedikit garam di dalam tepung gandum.
  3. Tuangkan minyak dan mentega yang telah dipanaskan ke dalam tepung gandum.
  4. Gaulkan adunan sehingga sebati menggunakan sudu besi. Jangan gaul menggunakan tangan kerana minyak masih panas.
  5. Masukkan air batu ke dalam adunan. Hanya masukkan air sahaja. Uli sehingga menjadi doh.

Bahan-bahan Masakan Inti Kentang

  • 5-6 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 3 sudu besar udang kering (dikisar halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 4 sudu besar lada kering kisar
  • 4 sudu besar rempah kari daging
  • 3 tangkai daun sup (dihiris halus)
  • Semangkuk air
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara memasak inti kentang

  1. Panaskan satu senduk kecil minyak di dalam kuali untuk menumis.
  2. Masukkan bahan kisar seperti bawang putih, bawang merah dan udang kering diikuti dengan daun kari. Tumis sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  3. Masukkan bawang besar dan lada kering kisar. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan rempah kari daging yang telah dicampur dengan sedikit air dan menjadi pes.
  4. Masak sehingga rempah kari masak dan pecah minyak. 
  5. Masukkan ubi kentang yang telah dipotong dadu. Masukkan pula air. Masak sehingga kentang empuk dan kering.
  6. Kemudian, masukkan daun sup.
  7. Akhir sekali, boleh masukkan inti ke dalam doh karipap dan kelim bahagian tepi doh. Dan, sedia untuk digoreng.

Tips berguna:

Bagi mengelakkan karipap yang digoreng hangus, sentiasa kekalkan api sederhana dan sentiasa balik-balikkan karipap agar karipap masak sekata dan tidak hangit.

Artikel Berkaitan:

  1. Resepi Kuih Nona Manis
  2. Resepi Kuih Cara Manis
  3. Resepi Kuih Seri Muka
  4. Resepi Cucur Udang
  5. Resepi Apam Balik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four − one =