resepi apam balik

Resepi Apam Balik Yang Sedap dan Memukau

Ingin idea untuk hidangan sampingan yang memukau dan sedap? Semestinya apam balik yang terkenal di setiap pasar-pasar malam. Artikel pada kali ini akan membincangkan resepi apam balik yang menyelerakan.

Pengenalan

Resepi ini dipopularkan daripada negara Malaysia. Ia mempunyai pelbagai nama antaranya ialah terang bulan, murtabak manis dan apom balik.Ia adalah sejenis kuih apam yang berkulit tebal dan dibakar dengan lapisan mentega ditaburi inti kacang atau jagung di atasnya dan terus dilipat dua.

Apam balik ini sedap dimakan ketika panas-panas. Kini, terdapat pelbagai jenis perisa yang bleh dinikmati seperti coklat, strawberi dan cheese. Oleh itu, nikmatilah resepi apam balik ini.

Masa penyediaan: 20 minit

Bilangan penyediaan: 4 orang

Bahan-bahan Resepi Apam Balik

  • 2 cawan tepung gandum
  • Setengah cawan gula
  • 1 sudu the soda bikarbonat
  • 1 sudu the baking powder
  • Pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1-2 cawan air
  • Mentega atau marjerin

Bahan-bahan untuk Inti

  • Kacang tanah kisar
  • Jagung manis dalam tin
  • Gula
  • Marjerin

Cara-Cara Penyediaan Resepi Apam Balik.

  • Masukkan sebiji telur dan gula lalu pukul sehingga kembang.
  • Selepas itu, masukkan soda bikarbonar, air dan pewarna kuning.
  • Pukul lagi adunan tersebut sehingga sebati.
  • Masukkan baking powder dan tepung gandum mengikut mengikut sukatan yang diberikan.
  • Pukul semua bahan sehingga sebati.
  • Sediakan kuali yang tidak lekat dan calitkan sedikit marjerin
  • Tambah 2 senduk adunan apam dan ratakan.
  • Biarkan adunan seketika sehingga masak. Selepas sudah masak, taburkan gula, kacang dan jagung dengan secukupnya.
  • Bila bahagian kulit menjadi garing dan bewarna keperangan, angkat dan sapukan marjerin sehingga rata.
  • Lipat dua apam balik tersebut dan sedia untuk dihidang.

Tips:

  • Jika apam balik itu kelihatan nipis, tambahkan lagi adunan.

Selamat mencuba resepi ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + fourteen =