Teringin untuk mencuba resepi tauhu bergedil yang mempunyai isi yang lengkap dan di makan dengan sos sambal kicap? Artikel pada kali ini, akan mengemukakan resepi tauhu bergedil homemade yang lebih sedap dan lebih padat isinya berbanding yang dijual di pasar atau gerai-gerai tepi jalan.
Pengenalan
Resepi tauhu bergedil ini sangatlah sedap dan amat sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Ramai yang merasakan bahawa hidangan ini mengambil masa yang lama untuk disediakan dan takut untuk cuba membuatnya.
Namun sebenarnya, resepi ini mudah untuk dibuat dan kosnya juga tidaklah terlalu mahal. Kita juga boleh mempelbagaikan Nikmatilah resepi tauhu bergedil ini.
Masa penyediaan: 20 minit
Bilangan penyediaan: 4 orang
Bahan-bahan Resepi Tauhu Bergedil
- 8 biji Tauhu pok
- Telur secukupnya
Bahan-bahan untuk inti
- 2 biji kentang
- 1 paket daging kisar
- Daun sup
- 1 kiub ayam
- Bawang goreng
- 1 biji bawang holland dipotong dadu
- Serbuk lada sulah dan lada hitam.
- Garam dan perasa.
Bahan-bahan penyediaan sambal kicap
- Kicap secukupnya
- 7 biji cili padi
- 5 ulas bawang putih yang telah dipotong dadu
- 5 ulas bawang merah yang telah dipotong dadu
- 3 sudu gula
- 1 sudu garam
Cara-Cara Penyediaan Resepi Tauhu Bergedil
- Panaskan minyak lalu tumis bawang holland dan daging kisar hingga masak.
- Seterusnya masukkan daun sup, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam dan perasa secukupnya.
- Gaul rata di dalam kuali dan angkat apabila daging sudah masak.
- Kupas ubi kentang yang telah dibuang kulitnya dan rebus sehingga empuk.
- Tambahkan sedikit garam dalam kentang tersebut dan lenyek sehingga halus.
- Tambahkan daging yang ditumis tadi dengan ubi ketang yang telah dilenyek.
- Gaul rata semua sehingga sebati
- Bulat-bulatkan inti supaya ia senang untuk disumbat ke dalam tauhu. Buat sehingga habis inti tersebut.
- Sumbat bebola kentang ke dalam tauhu yang telah dipotong sedikit.
- Celupkan tauhu ke dalam bancuhan telur yang telah dipukul dengan sedikit garam.
- Goreng hingga warna keperangan dan angkat untuk dihidang.
Cara-Cara membuat Sambal Kicap
- Panaskan minyak dan goreng cili padi, bawang putih dan bawang merah sehingga sedikit layu.
- Angkat dan kisar bahan yang telah digoreng tadi bersama kicap, gula secukupnya, sedikit garam dan sedikit minyak gorengan.
- Boleh dihidangkan bersama tauhu.
Tips:
- Boleh tambahkan cili padi untuk menambahkan rasa pedas ke dalam sambal kicap.
Selamat mencuba resepi ini