resepi ikan patin tempoyak

Resepi Ikan Patin Tempoyak, Pahang Style!

Musim musim buah durian ni memang sedap kalau kita buat tempoyak. Buat pula tempoyak sebagai ramuan masakan pasti membuat perut anda yang mendengar berbunyi bunyi minta di isi. Kalau disebut masakan yang menggunakan tempoyak, pasti anda akan terpikir resepi ikan patin masak tempoyak kan?

Pengenalan

Masakan ikan patin masak tempoyak ini sangat terkenal di Pahang dan menjadi kegemaran orang ramai. Siapa yang pergi pahang mesti tidak lepaskan peluang untuk merasai sendiri masakan ikan patin masak tempoyak. Ada juga akan membeli ikan patin segar di Pahang untuk dibawa balik ke rumah.

Bila dah bawa balik kerumah mestilah kita akan memasaknya sendiri masakan ini. Bahan bahan nya pun mudah didapati dan senang untuk dimasak. Anda tidak perlu rungsing kerana masakan ini akan menjadi kegemaran keluarga anda.

Orang kata masakan ini kalau tempoyaknya cukup masam rasanya, sedaplah masakannya. Anda pasti akan berpinggan pinggan makan. Silap hari bulan anda mungkin tak akan pandang masakan masakan lain di atas meja. Ha! Jangan tunggu lama lagi sebab penulis tidak sabar lagi ini. Jum sama sama kita belajar cara cara masak ikan patin masak tempoyak Pahang yang sangat menjadi kegemaran orang ramai.

Masa Hidangan: 30-40 minit

Jumlah Hidangan: 3-4 orang

Bahan untuk Resepi Ikan Patin Tempoyak

  • 1 ekor ikan patin
  • 6-15 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 senduk tempoyak
  • 1 bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum
  • Air secukupnya
  • gula
  • Garam

Cara Memasak Resepi Ikan Patin Tempoyak

  1. Siang dan potong ikan patin pada beberapa bahagian. Hilangkan bau hanyir ikan dengan menggunakan tepung gamdum. Lumurkan tepung pada bahagian bahagian ikan dan basuhkan dengan air sehingga bersih. Ketepikan seketika
  2. Masukkan cili api, temponyak dan kunyit ke dalam pegisar . Kemudian, masukkan air secukupnya. Kisarkan kesemua bahan bahan tersebut dan ketepikan
  3. Letakkan periuk diatas api yang sederhana besar
  4. Kemudian, masukkan bahan yang sudah dikisar kedalam periuk yang panas
  5. Masakkan sehingga air mendidih dan masukkan bunga kantan dan daun kesum
  6. Kemudian masukkan ikan patin dan biarkan seketika
  7. Masukkan pula garam dan gula secukup rasa
  8. Biarkan sehingga ikan patin masak
  9. Tutup api dan angkat. Sedia untuk dihidang

Tips:

  • Jumlah cili api boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut tahap kepedasan masing masing
  • Sekiranya anda menginginkan kuah yang pekat, boleh kurangkan air dalam masakan ikan patin tempoyak ini
  • Sekiranya tempoyak tidak masam boleh tambah asam keping supaya masakan ini ada rasa masam
  • Sekiranya rumah anda tiada pengisar, boleh gunakan lesum batu untuk hancurkan kesemua bahan bahan seperti cili api, kunyit dan tempoyak
  • Makan dengan nasi yang panas beserta ulam ulaman

Selamat mecuba semua!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × five =