Resepi Ikan Bawal Goreng Taucu

Resepi Ikan Bawal Goreng Taucu yang mudah dan lazat

Jika anda mencari resepi ikan bawal goreng taucu, di sini kami ada sediakan untuk anda. Pada artikel kali ini kami akan berkongsi dengan anda dengan cara cara untuk memasak, penyediaan bahan bahan yang diperlukan untuk resepi ini serta tips berguna berkaitan hidangan ini.

Pengenalan

Jika anda peminat masakan yang menggunakan ikan bawal, kali ini kami akan berkongsikan sedikit sebanyak dengan anda dengan resepi ini. Ianya mudah dan enak untuk dicuba.

Kombinasi ikan bawal yang digoreng dan taucu yang di masak berasingan menjadikan hidangan ini enak untuk di makan bersama sama dengan nasi putih panas. Bagi yang tidak tahu dengan taucu, ianya satu bahan yang berasal dari negara China dan popular digunakan di negara seperti Indonesia, taucu merupakan kacang soya yang diperam bersama garam dan bahan bahan lain untuk satu tempoh masa yang tertentu.

Selain daripada menaikkan rasa masakan, taucu merupakan satu bahan yang dapat memberikan keunikan rasa dalam hidangan.

Jadi tanpa banyak membuang masa anda lagi, mari kita lihat resepi nya di bawah.

Masa penyediaan : 20 minit

Masa memasak : 5 minit

Jumlah Hidangan : 4 hingga 5 orang

Bahan untuk Resepi Ikan Bawal Goreng Taucu

  • 2 ekor ikan bawal
  • 2 inci halia yang dihiris halus memanjang
  • 4 ulas bawang putih dihiris halus
  • 3 biji bawang merah dihiris halus
  • 3 sudu besar taucu
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 biji bawang besar yang dipotong bulat
  • 4 hingga 5 biji cili padi yang dipotong tengah
  • Minyak masak

Cara Penyediaan Resepi Ikan Bawal Goreng Taucu

  1. Bersihkan ikan bawal terlebih dahulu menggunakan garam dan serbuk kunyit
  2. Goreng dalam minyak panas hingga masak garing
  3. Angkat dan asingkan ikan bawal
  4. Panaskan minyak masak untuk mula menumis halia, bawang putih dan bawang merah
  5. Tumis hingga keperangan dan naik bau
  6. Kemudian masukkan taucu dan air asam jawa, kacau hingga mendidih
  7. Tambahkan sedikit air supaya lebih berkuah
  8. Kemudian masukkan ikan bawal yang sudah anda goreng tadi bersama dengan bawang yang sudah dipotong bulat dan cili padi
  9. Tambah garam dan gula secukup rasa
  10. Tutup api apabila bawang mulai nampak layu
  11. Tutup api dan siap untuk dihidang

Tips Ringkas

  • Jika anda mahu menambah garam dalam hidangan ini, suka diingatkan kepada anda supaya berhati hati takut hidangan akan menjadi terlebih masin kerana taucu itu sendiri sudah cukup rasa masin.

Selamat mencuba dengan resepi yang kami kongsikan pada kali ini dan selamat menjamu selera dengan hidangan ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + sixteen =