resepi kuih seri muka

Resepi Kuih Seri Muka Yang Mudah Dan Lazat

Adakah anda tertanya tanya, apa menu yang sesuai untuk anda makan bersama keluarga ketika waktu minum petang? Jadi kami dari The Resepi ingin berkongsikan tentang resepi kuih seri muka.

Resepi kuih yang sedap dan mudah ini akan   kami akan berikan kepada anda termasuklah apakah bahan bahan yang diperlukan serta tips yang berguna untuk para pembaca

Pengenalan

Kuih seri muka ini merupakan salah satu kuih popular dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan gabungan dua tekstur yang berbeza tetapi rasanya yang sedap menyebabkan kuih ini seringkali menjadi pilihan utama, tak kira di mana mana tempat pun, sebagai contoh ketika kenduri mahupun di gerai gerai jualan. Rasa masin pulut dan manis pandan yang digabungkan bersama, menjadikan ia kuih yang enak untuk di makan.

Jadi tanpa membuang masa lagi,  mari kita cuba buat dengan resepi yang kami sediakan di sini.

Masa penyediaan : 35 minit

Masa memasak : 45 minit

Jumlah Hidangan : 2 loyang kecil

Bahan Bahan Resepi Kuih Seri Muka

a) Untuk lapisan bawah / pulut kukus:

  • 400g pulut
  • 250ml santan cair
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan
  • Minyak

b) Untuk Lapisan Atas A

  • 8 helai daun pandan
  • 1/2 sudu jintan manis
  • 3/4 cawan air

c) Untuk Lapisan Atas B

  • 190ml santan pekat
  • 200g gula putih
  • 60g tepung gandum
  • 62ml bahan lapisan atas A(Pati pandan)
  • 1 sudu kecil garam
  • Pewarna hijau

Cara penyediaan Resepi Kuih Seri Muka

a) Lapisan pulut kukus

  1. Rendam pulut selama 2 jam
  2. Tapis air pulut
  3. Masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama santan, gula, garam dan daun pandan
  4. Kukus selama setengah jam hingga pulut masak.
  5. Gemburkan sedikit apabila pulut masak
  6. Gris loyang dengan minyak, dan lapik dengan kertas baking ataupun plastik
  7. Tuang dan tekan rapat pulut ke dalam loyang

b) Lapisan Pandan (Lapisan Atas)

  1. Kisar bahan lapisan A dan tapis
  2. Kemudian kisar halus bahan lapisan B bersama setengah cawan bahan A yang sudah dikisar tadi
  3. Cakarkan sedikit permukaan pulut tadi dengan garfu bagi mengelakkan ianya melekat semasa proses mengukus
  4. Tuang bahan kisar lapisan hijau tadi
  5. Kukus selama sejam
  6. Cucuk dengan lidi untuk melihat kuih sudah masak, jika tiada bahan yang melekat, kuih sudah siap di masak.

Hidangkan dan selamat menjamu selera.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Bahagian pulut kukus perlu sedikit masin bagi menyimbangi rasa manis lapisan hijau 
  • Jangan potong kuih semasa ianya masih panas, takut bentuknya tidak cantik, tunggu hingga kuih betul betul sejuk
  • Pisau untuk memotong dilumurkan sedikit minyak untuk memudahkan kuih dipotong

Selamat mencuba resepi ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + 10 =