resepi buah melaka

Resepi Buah Melaka Atau Onde-Onde Yang Sedap

Bagaimanakah cara untuk menyediakan resepi kuih buah melaka atau onde-onde yang sedap dan lembut untuk disediakan? Kuih onde-onde sering menjadi kuih pilihan bagi kaum muslimin yang menyambut bulan Ramadhan. Jikalau ke bazar Ramadhan, kuih onde-onde sudah semestinya dibeli oleh pengunjung.

Kuih buah melaka merupakan kuih manis yang berwarna hijau dan disaluti dengan kelapa parut dengan inti manis gula melaka dan saiznya yang kecil berbentuk bulat seperti duit 20 sen. Malahan, cara memasak kuih buah melaka juga sangat mudah dan bahannya juga mudah untuk didapati.

Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan kuih buah Melaka yang lembut dan sedap.

Pengenalan

Kuih buah Melaka juga dikenali sebagai onde-onde. Kuih ini sangat mudah untuk didapati dan sangat mudah untuk disediakan. Kuih ini mempunyai rasa lemak dari kelapa parut dan manis dari gula melaka yang cair apabila digigit.

Kuih buah Melaka ini akan lebih enak diamakan jikalau kita menggantikan warna hijau kuih ini dengan mengunakan air perahan daun pandan.Hal ini kerana aroma daun pandan akan lebih membangkitkan rasa kuih ini. Kali ini mari kita cuba resepi kuih buah melaka seperti di bawah.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 3-4 orang

Bahan-bahan untuk Resepi Buah Melaka

  • 4 cawan tepung pulut
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 cawan air perahan daun pandan (air biasa pun boleh)
  • Sedikit pewarna daun pandan (ikut selera)
  • Seketul gula melaka (dipotong dadu kecil)
  • Sedikit garam
  • 1 biji kelapa parut putih (digaulkan bersama sedikit garam)

Cara-Cara Menyediakan Resepi Buah Melaka

  1. Masukkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian, masukkan air perahan daun pandan. Tuangkan sedikit demi sedikit sehingga doh yang diuli tidak melekat pada tangan
  3. Bulatkan doh sebesar duit 20 sen dan tekan doh sehingga menjadi leper.
  4. Letakkan gula melaka yang telah dipotong kecil ke dalam doh yang telah dileperkan. Kemudian, bulatkan menutupi gula melaka tersebut.
  5. Jerang air penuh di dalam periuk. Kemudian, masukkan doh bulat yang berisi gula melaka ke dalam air mendidih.
  6. Biarkan doh kuih seketika di dalam periuk sehingga doh terapung ke atas permukaan air.
  7. Apabila doh terapung ke permukaan air bermakna kuih sudah masak. Angkat dan toskan air.
  8. Gelekkan kuih di atas kelapa parut yang telah digaulkan dengan secubit garam.

Tips berguna:

Untuk kuih yang tahan lebih lama, kukus sebentar kelapa parut terlebih dahulu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + ten =