resepi kuih cara manis

Resepi Kuih Cara Manis yang Sedap

Sebut sahaja menu untuk minum petang ataupun sarapan pagi, kebiasaanya nama kuih ini akan disebut, kerana isinya yang sedap dan manis. Jadi kami dari The Resepi ingin berkongsikan tentang resepi kuih cara manis ini. Di sini kami akan berikan apakah bahan bahan, tips yang berguna untuk para pembaca

Pengenalan

Kuih cara ini ada dua jenis, satu kuih cara manis dan satu lagi kuih cara berlauk. Kuih cara berlauk kebiasaannya mempunyai hirisan cili dan daging di atasnya manakala kuih cara manis pula mempunyai inti manis di dalam.

Kedua duanya enak di makan dan mudah untuk dibuat, dan bagi kuih cara manis, tekstur di luarnya garing tapi lembut didalam di samping inti dalamnya manis berlemak.

Jadi tanpa membuang masa lagi,  mari kita cuba buat dengan resepi yang kami sediakan di sini.

Masa penyediaan : 15 hingga 20 minit

Masa memasak : 15 minit

Jumlah Hidangan : 15 biji

Bahan- bahan Resepi Kuih Cara Manis

a) Untuk berus pandan:

  • Daun pandan 2 helai
  • Minyak Masak
  • Getah untuk pengikat

b) Untuk Kuih Cara

  • 300g tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 cawan jus pandan
  • 250g tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 cawan santan (setengah kotak santan kotak dan dicampur air)
  • Pewarna hijau
  • Gula

Cara penyediaan Resepi Kuih Cara Manis

a) Berus Pandan

  1. Potong panjang daun pandan sepanjang 2 hingga 3 inci
  2. Susun dan ikat menggunakan getah
  3. Gunting pada bahagian hujungnya

b) Kuih Cara Manis

  1. Daun pandan dikisar halus bersama lebihan air
  2. Tapis jus yang anda dapat daripada kisaran daun tadi
  3. Masukkan semula jus tersebut bersama dengan tepung gandum, telur, santan dan air ke dalam pengisar
  4. Tambah kan garam dan beberapa titik pewarna hijau
  5. Kisar adunan hingga menjadi rata
  6. Kemudian, tapis adunan tersebut
  7. Sediakan acuan kuih di atas api dan mula panaskan acuan tadi
  8. Sapu minyak pada permukaan acuan dengan menggunakan berus pandan tadi
  9. Setelah acuan betul betul panas, masukkan adunan yang telah disediakn tadi
  10. Apabila bahagian bawah kuih mulai sedikit masak, tuang gula sebagai inti secukupnya dan tutup
  11. Tunggu hingga kuih mulai keperangan dan tidak berair, angkat dan letak di dalam bekas untuk sedia dihidangkan

Hidangkan dan selamat menjamu selera.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Acuan yang betul betul panas akan menghasilkan bentuk kuih cara yang lebih cantik
  • Gula kastor boleh digunakan sekiranya tiada gula pasir. Jika anda menggunakan gula pasir, kisar halus bagi mendapatkan tekstur yang halus seperti gula kastor
  • Pastikan adunan kuih cair dan tidak terlalu pekat bagi mengelakkan adunan keras semasa sejuk

Selamat mencuba resepi ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × three =