resepi bomboloni

Resepi Bomboloni Gebu yang lazat hingga menjilat jari.

Anda penggemar bomboloni?  Di sini kami akan berikan apakah bahan bahan, cara penyediaan dan tips yang berguna untuk para pembaca dalam menyediakan resepi bomboloni ini.

Pengenalan

Bomboloni merupakan donat bulat yang berinti dan hidangan ini berasal dari itali. Bomboloni ini merupakan satu hidangan pencuci mulut dan biasanya di makan ketika minum petang. Bomboloni berasal dari perkataan Bombe yang bermaksud Bom dalam bahasa Itali kerana bentuknya bulat.

Jadi tanpa membuang masa lagi,  mari kita cuba buat dengan resepi yang kami sediakan di sini.

Masa penyediaan : 2 jam setengah

Masa memasak : 45 minit

Jumlah Hidangan : 20 biji

Bahan-Bahan Resepi Bomboloni

a) Untuk krim pastri:

  • 2 biji kuning telur
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 310ml susu full cream
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu mentega

b) Untuk krim coklat

  • 1 sudu besar koko
  • 80g dark coklat
  • 250ml susu full cream
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu mentega
  • 3 sudu besar tepung jagung

c) Untuk doh bomboloni

  • 250ml susu full cream
  • 4 sudu besar gula kastor
  • 2 1/2 sudu kecil yis
  • 540g tepung roti
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 5 sudu besar mentega
  • 1 biji telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/4 air

Cara penyediaan Resepi Bomboloni

a) Krim Pastri

  1. Asingkan putih dan kuning telur terlebih dahulu
  2. Kemudian masukkan pula gula kastor, garam, tepung gandum, dan tepung jagung.
  3. Gaul sehingga sebati bersama dengan kuning telur tadi
  4. Panaskan susu full cream hingga suam dan tuang perlahan lahan ke dalam acuan telur tadi
  5. Masukkan esen vanila
  6. Masak acuan dan kerap kacau acuan itu hingga pekat, guna api yang perlahan
  7. Masukkan pula mentega dan kacau hingga licin
  8. Setelah itu, masukkan acuan ke dalam piping bag dan sejukkan seketika

b) Krim Coklat

  1. Ayakkan dahulu serbuk koko dan masukkan tepung jagung, mentega, susu pekat serta susu full cream
  2. Masak acuan hingga mulai pekat
  3. Apabila acuan mulai pekat, tutup api dan masukkan dark coklat, kemudian gaul hingga sebati
  4. Sama seperti krim pastri tadi, masukkan krim coklat ke dalam piping bag dan sejukkan.

c) Doh Bomboloni

  1. Bancuh yis bersama susu full cream yang suam, dan gula kastor. Gaul hingga rata
  2. Masukkan tepung roti, baking powder, mentega, telur dan bancuhan yis tadi ke dalam bekas pengadun, uli hingga menjadi doh
  3. Ketika anda menguli, masukkan garam dan air kemudian sambung semula proses menguli hingga doh menjadi kental, anggaran dalam masa 15 minit
  4. Keluarkan doh daripada bekas, pastikan ia tidak lagi melekat pada bekas tadi, sambung uli seketika dengan tangan pada tempat taburan tepung
  5. Griskan minyak pada mangkuk, perap doh hingga doh muai menaik
  6. Selepas  satu jam setengah, uli doh kembali. Pastikan doh sudah mulai mengembang sebelum anda uli
  7. Bahagikan doh, anggaran dalam 40 hingga 50g sebiji
  8. Bulatkan doh dan letakkan pada dulang yang sudah berlapik dengan kertas baking, susun jarak jarak ya
  9. Tekap doh hingga nampak rata sedikit dan perapkan semula hingga kembang
  10. Panaskan minyak
  11. Gorengkan doh tadi hingga perang dua belah bahagian
  12. Setelah siap digoreng, salutkan donat dengan gula kastor

d) Piping inti

  1. Gunting sedikit bahagian pada donat ataupun cucuk menggunakan chopstik
  2. Masukkan inti tadi secara perlahan lahan di dalam donat

Hidangkan dan selamat menjamu selera.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Goreng doh menggunakan api yang perlahan bagi mengelakkan doh hangus
  • Elakkan kerap alih donat semasa menggoreng, ianya membuatkan donat lagi berminyak
  • Elakkan meletakkan garam bersama bancuhan yis, takut yis rosak
  • Guna api perlahan semasa memasak krim pastri

Selamat mencuba resepi bomboloni ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + three =