resepi spaghetti bolognese

Resepi Spaghetti Bolognese yang Enak dan Mudah

Pasta mempunya pelbagai jenis bentuk dan nama. Antaranya adalah macaroni, fettucine, spaghetti, angel hair dan sebagainya. Jenis pasta disesuaikan dengan jenis masakan. Untuk resepi kali ini kita akan menggunakan spaghetti untuk menghasilkan spaghetti bolognese. Kuah bolognese ini berwarna merah. Dari segi warna menunjukkan ianya seperti mempunyai rasa yang pedas. Tetapi, sos bolognese mempunya rasa yang masam kerana ia bersumberkan tomato. Resepi spaghetti bolognese yang akan saya kongsikan ini mempunyai rasa yang seimbang sesuai dengan citarasa melayu. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk memasak spaghetti bolognese yang enak dan mudah.

Pengenalan

Spaghetti bolognese mempunyai warna sos yang berwarna merah berbeza dengan carbonara yang berwarna putih. Malahan, rasanya juga sangat berbeza. Sos bolognese sedikit masam dan saya biasanya akan mengolah resepi ini agar mempunyai rasa yang seimbang antara masam, masin, manis dan pedas.

Spaghetti bolognese ini sesuai dimakan bersama seisi keluarga. Menu ini juga pelbagai variasi iaitu ayam atau daging dan boleh juga ditambah bebola daging atau ayam. Cara penyediaannya juga amat mudah dan cepat. Oleh itu, saya akan kongsikan resepi spaghetti bolognese seperti di bawah.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan Spaghetti Bolognese yang Enak dan Mudah

  • 1 paket spaghetti
  • 1 tin sos bolognese jenama Prego
  • 1/2 tin cendawan butang (dihiris nipis)
  • 1/2 batang lobak merah (dipotong dadu secara halus)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 cawan daging atau ayam kisar
  • 4-5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 1/2 biji lada benggala hijau atau kuning
  • 7-8 biji bebola daging atau ayam
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cili kisar (opsyenal jika mahukan sedikit pedas)
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk oregano atau mixed herbs (opsyenal)
  • Minyak atau mentega (menumis)

Cara- cara menyediakan Resepi Spaghetti Bolognese

1. Di dalam periuk, masukkan sepaket spaghetti, tuangkan air sehingga paras spaghetti, masukkan sedikit garam dan minyak ke dalam periuk. Rebus spaghetti sehingga masak dan lembut. Apabila spaghetti sudah masak, angkat dan toskan spaghetti kemudian ketepikan seketika.

2. Di dalam periuk yang lain, masukkan sedikit minyak atau mentega. Tumiskan bawang holland. Tumiskan sehingga naik bau dan sedikit kekuningan. Kemudian, tumiskan pula bawang putih dan cili kisar untuk tambahan rasa pedas.

3. Masukkan daging atau ayam kisar yang telah dibasuh bersih. Masakkan sehingga daging atau ayam kisar sedikit masak dan kemudian masukkan pula sosej.

4. Kemudian, masukkan cendawan, lobak merah yang telah dihiris dan sos bolognese. Gaul sehingga sekata.

5. Kemudian, masukkan sos cili, sedikit garam dan gula, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan serbuk oregano. Masak dan gaulkan sehingga sedikit mendidih. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda.

6 .Selepas itu, masukkan lada benggala dan bebola daging atau ayam. Masak sehingga kuah mendidih. Tambahkan sedikit air jika tidak mahukan kuah yang terlalu pekat.

7. Bolehlah hidangkan sos bolognese bersama spaghetti yang telah siap direbus.

Selamat mencuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three + 6 =