resepi cheesekut

Resepi Cheesekut Simple Dan Enak

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi cheesekut? Cheesekut merupakan singkatan bagi cheese dan biskut. Resepi ini direka dengan menggabungkan dua jenis bahan iaitu biskut crackers dan cream cheese. Menu cheesekut amat sesuai untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut atau sewaktu minum petang.

Pengenalan

Cheesekut merupakan hidangan yang enak dan mudah untuk dibuat. Bagi anda yang ingin menyediakan hidangan pencuci mulut namun kesuntukan masa, anda boleh mencuba resepi cheesekut ini. Walaupun nampak simple, namun kelazatannya pasti menambat selera ramai. Hidangan cheesekut juga amat sedap jika dihidangkan sejuk. Jadi, pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan cheesekut yang lazat dan enak. Mari kita cuba membuat resepi cheesekut yang senang ini.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Cheesekut

  • 1 paket besar biskut kering atau biskut crackers (tidak kisah brand apa)
  • Sedikit susu kotak fresh milk
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 250 gram cream cheese (cadangan brand: tatura)
  • Tambahan mengikut selera masing-masing: serbuk Nestum / Horlicks / Oreo / Milo

Cara-Cara Untuk Membuat Resepi Cheesekut

  1. Lembutkan cream cheese pada suhu bilik.
  2. Blend cream cheese sehingga kembang.
  3. Masukkan susu pekat manis dan kemudian sambung blend. Jika anda ingin lebih manis boleh tambahkan lagi sedikit susu pekat manis.
  4. Kemudian, masukkan dua sudu susu kotak fresh milk. Boleh sesuaikan tekstur bancuhan ikut selera masing masing, jika tidak mahu cheesekut terlalu lembik boleh kurangkan susu. Dan kemudian blend sekali lagi.
  5. Setelah itu, celupkan biskut ke dalam fresh milk. Kemudian susun dalam bekas. Pastikan anda tidak merendam biskut dalam fresh milk hingga lembik.
  6. Kemudian letakkan sedikit cream cheese di atas lapisan biskut. Lakukan selang seli lapisan biskut dan cream cheese sehingga habis. Pastikan lapisan yang terakhir adalah lapisan cream cheese.
  7. Anda boleh meletakkan bahan kegemaran anda di atas lapisan cream cheese sama ada biskut oreo yang dihancurkan, nestum, milo atau horlicks.
  8. Akhir sekali, sejukkan cheesekut di dalam chiller. Untuk lebih senang untuk cheesekut dipotong, anda boleh biarkan cheesekut semalaman dalam chiller.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × three =