resepi spaghetti carbonara

Resepi Spaghetti Carbonara yang Sedap dan Berkrim

Pasta adalah sejenis makanan Itali dari Rome dan semakin popular dan menjadi kegemaran rakyat di Malaysia. Pasta yang biasa digunakan ialah spaghetti malahan pasta jenis lain seperti fettucini juga boleh digunakan. Sos carbonara adalah sejenis sos yang berwarna putih dan lebih berkrim berbanding bolognese yang berwarna merah dan sedikit masam. Sos carbonara amat sesuai dihidangkan kepada seisi keluarga kerana rasanya yang tidak begitu pedas dan boleh dimakan oleh kanak-kanak. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk memasak resepi spaghetti carbonara yang sedap dan berkrim.

Pengenalan

Spaghetti carbonara mempunyai pelbagai jenis cara memasaknya dan terpulang kepada citarasa anda. Anda yang gemarkan rasa yang sedikit pedas tapi berlemak dan boleh menambahkan sedikit cili flakes dan keju.

Kanak-kanak lebih gemar untuk memilih spaghetti carbonara berbanding spaghetti bolognese kerana carbonara lebih berlemak dan tidak pedas. Cara penyediaan spaghetti carbonara juga amat mudah dan cepat. Anda juga boleh hasilkan sendiri di rumah kerana cara penyediaannya amat mudah. Oleh itu, saya akan kongsikan resepi spaghetti carbonara seperti di bawah.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan Resepi Spaghetti Carbonara

Bahan-bahan Spaghetti Carbonara

  • 1 paket spaghetti
  • 1 tin sos carbonara jenama Prego
  • 1/2 tin cendawan (dihiris nipis)
  • 3-4 batang sosej (dipotong menyerong)
  • Sedikit isi ayam (dipotong dadu)
  • 4-5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 1 cawan susu segar full cream (opsyenal)
  • 1 keping keju cheddar
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk oregano atau mixed herbs (opsyenal)
  • Serbuk cili kasar (opsyenal)
  • Minyak atau mentega (menumis)

Cara- cara menyediakan Resepi Spaghetti Carbonara

1. Di dalam periuk, masukkan sepaket spaghetti, tuangkan air sehingga paras menutupi spaghetti, masukkan sedikit garam dan minyak. Rebus spaghetti sehingga mendidih dan spaghetti sudah lembut. Apabila spaghetti sudah lembut dan masak, angkat dan toskan spaghetti kemudian ketepikan.

2. Di dalam periuk lain, masukkan sedikit minyak atau mentega. Masukkan bawang holland. Masak sehingga naik bau sehingga sedikit layu kekuningan. Masukkan pula bawang putih.

3. Kemudian, masukkan isi ayam. Masak sehingga isi ayam sedikit masak dan kemudian masukkan sosej.

4. Selepas itu, masukkan cendawan dan sos carbonara. Kacau sehingga sebati.

5. Kemudian, masukkan pula susu segar, sedikit garam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk oregano dan serbuk cili kisar. Masak sehingga sedikit mendidih. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda sama ada anda mahu lebihka rasa kepedasan atau masin.

6. Kemudian masukkan keju. Kacau sehingga keju cair.

7. Apabila sos carbonara sudah siap dimasak, bolehlah dihidangkan bersama spaghetti yang telah direbus empuk.

Selamat mencuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × four =