Resepi yang bakal dikongsikan pada kali ini merupakan menu yang sangat digemari oleh semua golongan umur terutamanya kanak-kanak. Resepinya adalah resepi pizza homemade yang sedap dan mudah malah menjimatkan kerana boleh menghasilkan banyak kepingan pizza jika dibandingkan kalau anda membelinya di luar. Pizza merupakan makanan yang asalnya dari negara Itali dan dibawa ke Malaysia sehingga ia menjadi makanan yang popular di Malaysia dan tidak asing lagi. Terdapat pelbagai nama restoran pizza yang terkenal di Malaysia. Antaranya adalah Pizza Hut dan Domino’s Pizza. Terdapat juga pelbagai jenis variasi pizza yang dijual. Cara penyediaan pizza homemade ini juga amat mudah kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk memasak resepi pizza homemade yang mudah dan sedap.
Pengenalan
Pizza merupakan sejenis makanan daripada Itali yang diperbuat dari doh roti yang dicanaikan kemudian disapu dengan sos bolognese dan ditabur dengan isi ayam atau isi daging bergantung kepada citarasa masing-masing yang kemudiannya ditabur dengan keju mozarella.
Pizza ini sentiasa menjadi kegemaran setiap golongan umur terutamanya kanak-kanak. Oleh itu, para ibu boleh hasilkannya sendiri di rumah kerana lebih menjimatkan dan mudah. Malahan, untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan juga boleh. Saya akan kongsikan resepi pizza homemade seperti di bawah.
Masa Memasak: 60 minit
Jumlah Hidangan: 5-6 orang
Bahan-bahan Pizza Homemade yang Mudah dan Sedap
Bahan-bahan Pizza Homemade
- 1 kg tepung gandum serbaguna
- 440 mL air masak
- 2 biji telur gred A
- 2 sudu kecil garam
- 2 1/2 sudu besar susu tepung
- 8 sudu besar gula kastor
- 1 sudu besar yis
Bahan-bahan untuk topping pizza
- 1 biji bawang holland (dihiris bulat)
- Beberapa batang sosej
- Keju Mozarella
- Sos Pasta
- Isi ayam atau daging (direbus)
Cara- cara menyediakan Resepi Pizza Homemade
1. Di dalam mangkuk yang besar, masukkan yis, air, gula dan garam. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Biarkan selama 10 minit.
2. Kemudian, masukkan tepung gandum, telur dan susu tepung ke dalam mangkuk yang berisi bancuhan yis tadi. Uli doh sehingga doh sekata. Rehatkan doh untuk selama 30 minit.
3. Selepas itu, bahagikan doh mengikut saiz pizza yang diingini.
4. Canaikan doh pizza di atas pan. Kemudian, lubangkan doh menggunakan garpu di tengah-tengah doh.
5. Sapukan sos pasta di atas doh yang dicanaikan. Taburkan isi ayam yang telah direbus dan dipotong ke atas doh yang s. Kemudian susunkan sosej di atas isi ayam tadi.
6. Taburkan juga keju mozarella dan paipkan sos cili dan mayonis ke atasnya.
7. Bakar doh pizza pada suhu 160oC untuk selama lebih kurang 15-20 minit.
8. Apabila pizza sudah siap dibakar, bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba.