resepi roti sosej

Resepi Roti Sosej Yang Enak dan Sedap

Pastinya kanak-kanak akan menggemarkan apa-apa resepi yang menggunakan sosej. Oleh itu, artikel pada kali ini akan mengemukakan resepi roti sosej yang menjadi kegermaran kanak-kanak.

Pengenalan

Roti sosej ini semestinya terdapat di kedai-kedai bakery atau kedai roti. Rasanya yang amat enak membuatkan ia selalu menjadi pilihan pelanggan untuk membelinya.

Walaubagaimanapun, sebenarnya roti sosej ini sangatlah senang untuk disediakan. Ibu bapa juga boleh mengajar anak-anak mereka untuk membuat roti sosej ini.

Resepi pada kali ini agak special kerana ia kan menggabungkan cheese dan sosej yang akan menambahkan keenakan resepi roti sosej ini. Oleh itu, nikmatilah resepi ini

Masa penyediaan: 10 minit

Bilangan penyediaan: 10 biji

Bahan-bahan Resepi Roti Sosej

  • 1 bungkus roti gardenia atau jenama lain.
  • 1 paket sosej.
  • 1 mangkuk breadcrumbs
  • 1 paket cheese keeping
  • 2 bii telur
  • Garam

Cara-Cara Penyediaan Resepi Roti Sosej.

  • Panaskan air di dalam periuk dan boleh mula untuk merebus sosej tersebut.
  • Anggaran masa untuk merebus ialah 3-5 minit.
  • Selepas sosej tersebut sudah masak, angkat dan toskan.
  • Pecahkan 2 biji telur dan campurkan sedikit garam.
  • Ambil sekeping roti dan leperkan roti tersebut dengan menggunakan roll kayu.
  • Letakkan satu keeping cheese di atas roti diikuti dengan sosej di atasnya.
  • Gulung kemas roti tersebut dan celup ke dalam telur.
  • Salut roti tersebut dengan breadcrumbs sehigga semua permukaan roti disalut.
  • Goreng roti di dalam minyak yang panas sehingga roti sosej berwarna keperangan.
  • Angkat dan sedia untuk dihidang.

Tips:

  • Boleh juga untuk menggoreng sosej tersebut jika tidak mahu sosej tersebut direbus.

Selamat mencuba resepi ini!

Artikel Berkaitan:

  1. Resepi Kuih Nona Manis
  2. Resepi Kuih Cara Manis
  3. Resepi Kuih Seri Muka
  4. Resepi Cucur Udang
  5. Resepi Apam Balik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 5 =