resepi cekodok pisang

Resepi Cekodok Pisang Yang Lembut

Inginkan satu resepi yang berasaskan buah pisang? Cekodok pisang laa jawapan kepada pertanyaan tersebut. Artikel pada kali ini akan membincangkan resepi cekodok pisang yang lembut dan sedap.

Pengenalan

Kuih ekodok pisang ini sangatlah mudah disediakan. Ianya sangat terkenal di setiap kampung-kampung sebagai hidangan minum petang atau sarapan pagi.

Cara penyediaannya yang mudah untuk disediakan dan sangat lazat apabila dihidangkan bersama teh Tarik membuatkan ramai tertarik untuk menghidangnya. Selain itu, sebelum masak, perlu juga pastikan bahawa pisang yang hendak digunakan mestilah sudah masak ranum.  Oleh itu, nikmatilah resepi cekodok pisang ini.

Masa penyediaan: 15 minit

Bilangan penyediaan: 4 orang

Bahan-bahan Resepi Cekodok Pisang

  • 15-20 biji pisang saiz kecil
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu garam halus
  • 2 sudu besar gula

Cara-Cara Penyediaan Resepi Cekodok Pisang

  • Lenyekkan kesemua pisang sehingga hancur dan pastikan ia tidak berketul
  • Masaukkan tepung, gula dan garam sedikit demi sedikit ke dalam adunan pisang tersebut.
  • Kacau kesemua adunan  dan jika adunan masih lembik, boleh tambah tepung sedikit demi sedikit supaya cekodok pisang tidak terlalu lembik.
  • Jika adunan terlalu keras pula, boleh tambah sedikit air.
  • Jika adunan sudah siap, ambil adunan tersebut sedikit demi sedikit menggunakan jari atau sudu dan jatuhkan ke dalam minyak panas.
  • Goreng dan kacau dengan sudip dengan cara terbalikkan cekodok tersebut supaya kedua-dua permukaan akan masak dan rangup.
  • Goreng sehingga cekodok berwarna keperang-perangan.
  • Selepas itu angkat dan hidangkan.

Tips:

  • Jika ingin mendapatkan cekodok yang tidak rangup dan sedap, pastikan goreng cekodok dengan saiz yang kecil ke dalam minyak panas.

Selamat mencuba resepi ini!

Artikel Berkaitan:

  1. Resepi Kuih Nona Manis
  2. Resepi Kuih Cara Manis
  3. Resepi Kuih Seri Muka
  4. Resepi Cucur Udang
  5. Resepi Apam Balik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 + eight =