Resepi Ikan Percik

Resepi Ikan Percik Ala Kelantan Mudah Dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk membuat ikan percik ala Kelantan yang mudah dan sedap? Kadangkala memilih menu masakan ikan menyebabkan anda menjadi buntu. Menu berasaskan ikan memerlukan variasi dan perlu menambat selera kerana kebanyakkan menu lauk ikan kurang mendapat sambutan berbanding dengan menu ayam dan daging. Kalau selalunya kita akan masak ikan goreng, sambal ikan atau gulai ikan, apa kata pada kali ini kita masak ikan percik pula. Makan dengan nasi yang panas beserta ulam ulaman dan jangan dilupakan telur dadar yang garing. Pasti akan memikat selera ahli keluarga kita.

Pengenalan

Hidangan ikan percik ini selalu didapati pada bulan Ramadhan dimana memang banyak gerai-gerai bazar yang akan menjual ikan percik ini. Tetapi yang paling sedap dan popular pasti lah ikan percik Kelantan. Masakan yang berasal dari Kelantan ini mempunyai keistimewaan pada kuahnya dimana gabungan santan pekat dan bahan-bahannya yang memberikan kelazatan ketika makan. Selalunya, ikan yang digunakan ialah ikan selar atau ikan kembung yang diperap dengan bahan perapan sebelum ia dibakar. Aroma asap dan bahan perapan yang diperap bersama ikan dapat menarik orang ramai untuk menikmatinya.

Adakah anda ingin mencuba resepi istimewa ini? Mari kita mulakan.

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 4-5 orang 

Bahan-Bahan Untuk Resepi Ikan Percik

  • 5 ekor ikan kembung
  • 1/2 kg santan pekat
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Garam
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit tepung beras
  • 5 tangkai cili kering rendam bagi lembut
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai  

Cara – Cara Memasak Resepi Ikan Percik

  1. Siang ikan dan kelarkan dibahagian kedua dua badan ikan. Basuh bersih ikan dengan asam jawa atau perahan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan. Kemudian basuh dengan air bersih dan toskan airnya.
  2. Kisar halus cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Kemudian ketepikan seketika.
  3. Masukkan ikan didalam bekas dan pastikan tiada lebihan air pada ikan tadi. Kemudian masukkan bahan yang dikisar kedalam bekas berisi ikan tadi. Masukkan separuh sahaja bahan kisar.
  4. Gaulkan ikan dan bahan kisar tadi sehingga sekata. Kemudian tutup kan bekas yang berisi ikan yang sudah disaluti bahan kisar dengan plastik wrapping. Masukkan kedalam peti ais untuk proses perapan. Perapkan selama satu malam atau paling kurang 2 jam.
  5. Keluarkan dari peti ais dan sedia untuk dibakar. Boleh dibakar diatas kuali leper ataupun oven. Bakar kan sehingga kulit ikan kelihatan gelap dan keperangan.

Kuah Percik:

  1. Panaskan periuk dan letakkan sedikit minyak kedalam periuk. Masukkan baki bahan kisar tadi dan biarkan sehingga naik bau wangi dan naik taik minyak.
  2. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga kuah menjadi pekat. Pastikan menggunakan api yang perlahan.
  3. Kemudian masukkan gula pasir, garam secukup rasa dan asam keping. Kacau lagi sehingga sekata kuah dan rasanya.
  4. Masukkan bancuhan tepung beras dan air ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
  5. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama ikan yang sudah dibakar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × five =