Bagaimanakah cara untuk membuat air laicikang yang lazat dan menyegarkan? Air laicikang merupakan minuman yang dicampur dengan pelbagai bahan yang dimasak atau direndam seperti biji selasih, kembang semangkuk, longan kering, laici, kacang tanah dan sebagainya. Minuman ini juga sebenarnya berasal daripada masyarakat cina Malaysia.
Selain itu, minuman ini boleh dihidangkan secara suam atau sejuk mengikut citarasa. Kepelbagaian kandungan dalam minuman laicikang ini menjadi tarikan ramai dan membuatkan ia berbeza daripada minuman berperisa lain. Air laicikang juga merupakan antara minuman yang popular dan sering dijual di bazar Ramadhan. Ia amat enak diminum ketika seharian berpuasa.
Pengenalan
Jika berada di musim panas, mendapatkan air laicikang yang sejuk dan menyegarkan sememangnya amatlah enak. Pada kali ini, penulis akan berkongsi resepi air laicikang yang dijamin menyegarkan tekak anda. Selain itu, resepi ini juga amat mudah untuk dicuba oleh anda semua di rumah. Anda juga boleh memilih bahan-bahan yang hendak diletak dalam laicikang anda mengikut kegemaran. Selain membuatnya untuk minuman seisi keluarga, anda juga boleh menghidangkan air laicikang kepada tetamu yang hadir. Mari kita ketahui cara-cara untuk membuat air laicikang.
Bahan-Bahan untuk Resepi Laicikang
- gula batu
- daun pandan
- kurma merah cina
- buah lohanko
- barli yang sudah direbus dahulu
- buah kundur kering
- laici
- biji selasih yang sudah direndam
- longan kering
- katira
- biji kembang semangkuk yang sudah direndam 2- 3 jam
- kacang tanah yang disangai
- Cendawan putih (ikut selera)
Cara Penyediaan Resepi Laicikang
- Mula mula sekali, rebus air bersama sama dengan daun pandan, buah lohanko serta gula batu
- Apabila air yang sudah anda rebus tadi mula mendidih, masukkan pula longan kering, kurma merah lalu biarkan air rebusan itu seketika
- Apabila sudah nampak siap, sendukkan bancuhan itu tadi dan letak di dalam mangkuk
- Isi bahan yang lain dan campurkan juga dengan ais
- Selamat menikmati minuman yang menyegarkan
selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Jangan lupa amalkan SOP, sampai berjumpa lagi.