resepi mee goreng mamak

Resepi Mee Goreng Mamak Padu Ala Restoran

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi mee goreng mamak seperti di restoran mamak? Kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang resepi masakan panas yang sangat digemari ramai di restoran mamak iaitu mee goreng mamak. Menu ini sering menjadi menu pilihan sesiapa sahaja terutama yang menyukai makanan pedas.

Mee goreng mamak adalah sedikit berbeza berbanding mee goreng biasa yang mana mee goreng mamak lebih pedas, digaul dengan telur dan dicampur dengan bahan seperti tauhu kering. Masakan ini tidaklah terlalu rumit dan anda boleh mencuba resepi ini di rumah. Oleh itu, saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan mee goreng mamak yang mudah dan menyelerakan. 

Pengenalan

Mee goreng mamak merupakan hidangan popular di restoran mamak. Rasanya yang istimewa dan berlainan dengan mee goreng biasa membuatkan ia dapat menambat selera ramai. Menu ini sering dijadikan sebagai hidangan makan malam atau “supper”. Anda juga boleh mencuba untuk memasaknya sendiri di rumah tanpa perlu berkunjung ke kedai mamak kerana bahan-bahan yang digunakan juga amat mudah. Oleh itu, saya akan kongsikan bersama anda resepi mee goreng mamak seperti di bawah.

Masa Memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 5 orang

Bahan-Bahan Untuk Resepi Mee Goreng Mamak

  • Sepaket mee kuning (kecil 450 g) – dibasuh bersih agar kapur tidak lagi melekat
  • Sedikit minyak masak (untuk menumis)
  • Segenggam isi ayam (dipotong kecil dan dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 2 sudu besar cili kering kisar (mengikut tahap kepedasan yang diinginkan)
  • 2 biji telur ayam gred A atau B
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 batang lobak merah (dipotong memanjang)
  • 3 batang sayur sawi
  • Sedikit kobis (dihiris)
  • 1 biji limau nipis (dipotong)
  • 6 tangkai cili padi (diketuk)
  • 2 biji tauhu kering
  • Garam dan serbuk perasa (secukup rasa)
  • Sedikit bawang goreng sebagai hiasan

Cara- Cara Menyediakan Resepi Mee Goreng Mamak

  1. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau dan sedikit kelayuan.
  2. Masukkan lada kering yang telah dikisar. Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan isi ayam yang telah dipotong. Kacau sehingga isi ayam masak.
  4. Selepas itu, masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan kicap pekat. Gaul sehingga sebati semua bahan.
  5. Kemudian, masukkan mee kuning yang telah dibasuh bersih bersama cili padi, sayur sawi, lobak merah dan kobis.
  6. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan sebati semua bahan.
  7. Ketepikan sedikit mee goreng yang di dalam kuali tersebut, pecahkan telur dan gaulkan sebati. Masukkan sekali tauhu kering.
  8. Masak sehingga semua sekata dan sebati.
  9. Mee goreng telah pun siap. Bolehlah hidangkan sekali bersama hirisan limau nipis dan dihias bersama bawang goreng dan daun bawang.
  10. Selamat mencuba.

Tips berguna:

  • Boleh campurkan sedikit kuah kacang ke dalam kuah mee yang ditumis.
  • Boleh masukkan juga sotong kering jika suka.
  • Hidangkan mee bersama dengan cucur udang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − 3 =