Bagaimanakah cara untuk membuat resepi maggi kari tumis yang menyelerakan? Pada kali ini, penulis ingin berkongsi kepada anda semua tentang satu resepi maggi kari yang istimewa dan sangat mudah penyediaannya. Cara ini merupakan alternatif jika anda inginkan kelainan bagi penyediaan masakan maggi kari anda.
Pengenalan
Anda inginkan sesuatu masakan yang ringkas tapi sedap? Mee segera pasti menjadi pilihan kita kan terutama jika terasa lapar diwaktu malam ditambah pula dengan cuaca yang hujan dan sejuk. Memang sangat sedap dan menyelerakan. Tambahan ia hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk siap dimasak.
Jadi apa kata anda cuba memasaknya dengan versi yang lain sedikit dan boleh menggunakan pelbagai bahan yang ada dalam peti sejuk anda. Resepi maggi yang sedikit berlainan pasti memberikan rasa yang unik daripada biasa. Apa lagi, jom kita cuba masak resepi maggi kari versi tumis ini.
Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-Bahan Untuk Resepi Maggi Kari Tumis
- 3 paket maggi kari
- 3 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- Cili padi secukupnya (mengikut tahap kepedasan cita rasa anda)
- 1 sudu sos tiram
- 2 sudu cili kisar
- 1 sudu sos cili
- 1 sudu sos tomato
- 1 sudu serbuk kari daging
- Isi ayam (dipotong dadu)
- Sotong dan udang (yang dibuang kulitnya)
- 1/2 paket bebola ikan
- Sawi (jika tak suka boleh digantikan dengan sayur lain)
- Lobak merah
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- 3 biiji telur
- Air secukupnya
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
- 3 sudu minyak masak
- Bawang goreng
Cara-Cara Memasak Maggi Kari Tumis
- Mayang halus bawang merah, bawang putih dan cili padi. Jika anda suka tekstur bawang putih dan cili padi sedikit kasar bolehlah diketuk sahaja.
- Panaskan minyak untuk menumis.
- Jika minyak dah panas, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masuk cili kisar, sos tiram, sos cili, sos tomato, serbuk kari dan 2 paket serbuk perencah maggi kari. Masukkan sedikit air jika bahan tumisan sedikit kering. Masak sehingga naik minyak.
- Selepas itu bolehlah masukkan isi ayam, udang dan sotong. Gaul sebati dan masak sehingga lembut.
- Masukkan gula dan garam mengikut citi rasa anda. Jika bahan tumisan dah secukup rasa tak perlu tambah garam dan gula.
- Masukkan sayur yang keras dahulu (lobak merah dan batang sawi). Gaul sebati.
- Masukkan air secukupnya. Jika anda nak kuah yang banyak boleh masukkan lebih.
- Tunggu sehingga air mendidih.
- Jika air dah mendidih, masuk mee maggi, daun sawi dan tomato. Pecahkan telur.
- Tutup kuali dan tunggu sebentar lebih kurang 3 minit untuk mee maggi dan telur masak.
- Matikan api. Tuang maggi kari ke dalam mangkuk.
- Taburkan bawang goreng diatasnya. Maggi kari siap untuk dihidang.