Anda mencari resepi kuih donat yang mudah untuk dibuat? Anda teringin makan donat yang gebu dan sedap? Di sini kami akan berikan kepada anda tentang bahan bahan yang diperlukan, cara penyediaan dan tips yang berguna untuk para pembaca dalam menyediakan hidangan ini.
Pengenalan
Donat merupakan satu makanan yang berbentuk bulat. Ianya diperbuat daripada satu adunan doh. Donat datang dalam bermacam macam bentuk dan rasa. ada yang biasa iaitu donat yang bersalut gula halus ataupun yang berinti, iaitu seperti bomboloni dan ada pula yang disalut dengan coklat ataupun topping yang menarik.
Jadi tanpa membuang masa lagi, mari kita cuba buat dengan resepi yang kami sediakan di sini.
Masa penyediaan : 1 jam 30 minit
Masa memasak : 10 minit
Jumlah Hidangan : 12 biji
Bahan Bahan untuk Resepi Kuih Donat
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 sudu teh yis
- 2 sudu besar air suam
- 1/4 cawan mentega
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1/4 cawan gula kastor
- 3/4 cawan susu full cream
Cara Penyediaan Resepi Kuih Donat
- Bancuh yis dengan 2 sudu air suam dan biarkan ia berbuih
- Satukan tepung, gula dan garam dalam satu mangkuk
- Kacau hingga sebati menggunakan pemukul
- Gaulkan adunan bersama mentega
- Dalam mangkuk yang lain, satukan yis tadi dengan susu dan telur.
- Kemudian, tuangkan sedikit demi sedikit di dalam adunan kering tadi.
- Kacau hingga menjadi doh, dan uli seketika
- Jika doh melekat, taburkan sedikit tepung
- Masukkan doh ke dalam mangkuk yang sudah di gris dengan minyak
- Tutup seketika dengan plastic wrap. Biarkan doh naik dua kali ganda
- Apabila doh sudah naik, tumbuk doh sedikit bagi mengeluarkan angin di dalam doh tersebut.
- Uli seketika sekitar 4 hingga 5 minit
- Canai doh setebal 1/2 inci dan terap pula menggunakan acuan donat
- Susun di ats dulang dan tekap dengan kain bersih
- Biarkan seketika untuk saiz donat naik sebelum kita boleh mula menggoreng
- Panskan minyak dengan api yang sederhana, goreng donat hingga nampak kuning keemasan
- Sejukkan di atas tray yang bersih dan anda boleh salutkan dengan gula halus
Tips Ringkas
- Jika anda ingin salutkan bahan seperti gula, salutkan ketika donat masih dalam keadaan suam suam panas, jika dalam keadaan sejuk, gula susah untuk melekat
- Goreng permukaan atas donat dulu untuk membuatkan bahagian bawah donat naik mngembang cantik
Selamat mencuba dan menjamu selera