resepi ayam masak ungkep

Resepi ayam masak ungkep yang mudah dan lazat

Anda pernah makan makanan jawa? Untuk kali ini, kami daripada The Resepi akan kongsikan dengan anda dengan satu resepi yang mudah untuk dibuat. Resepi yang akan kami kongsikan pada hari ini adalah resepi ayam masak ungkep.

Pengenalan

Ayam masak ungkep ini sedikit sama dengan ayam masak rendang, makanan yang berasal dari jawa ini kaya dengan rasa rempah dan kelazatannya menyamai rendang ayam. Selain itu, hidangan ini juga tidak susah untuk dibuat, dengan bahan bahan yang mudah untuk anda cari dan ada, anda akan dapat satu hidangan yang lazat ini.

Jadi mari kita cuba buat dengan resepi yang telah kami kongsikan pada anda di sini.

Masa penyediaan : 20 ke 25 minit

Masa memasak : 15 minit

Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan untuk Resepi Ayam Masak Ungkep

Bahan Asas :

  • 1 ekor ayam dipotong 10 atau 12
  • 1 batang serai yang diketuk
  • 2 cawan air
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan untuk dikisar dan tumbuk :

  • 3cm halia
  • 1 sudu kecil jintan putih atau serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis atau serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil biji ketumbar atau serbuk ketumbar
  • 6 ulas bawang putih
  • 12 biji bawang merah
  • 17 biji cili padi
  • 3 cm kunyit hidup

Cara memasak Resepi Ayam Masak Ungkep

  1. Panaskan minyak untuk anda mula menumis
  2. Tumis serai yang sudah diketuk tadi apabila minyak sudah panas
  3. Apabila bau sudah naik, masukkan bahan yang sudah dikisar tadi
  4. Tumis hingga pecah minyak
  5. Masukkan ayam dan gaul rata
  6. Tunggu hingga ayam kecut dan masak
  7. Tambahkan air sedikit sedikit
  8. Perasakan ayam dengan garam, gual atau sedikit perasa pilihan
  9. Masak hingga kuah kering dan ayam menjadi empuk
  10. Angkat dan hidangkan bersama dengan nasi panas

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana kunyit hidup dapat memberikan lagi aroma yang lebih menyelerakan
  • Jika mahu kuah ayam ini lebih, jangan masak sehingga kering, cukup memadai hingga ada kuah.
  • Kacau ayam sekali sekala bagi memastikan ayam tidak hancur semasa dimasak
  • Boleh juga gunakan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih
  • Pastikan semua bahan yang dikisar dan ditumbuk tadi ditumis hingga pecah minyak bagi mengelakkan anda sakit perut

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 − seven =