resepi nasi ala kak wok

Resepi Nasi ala Kak Wok Yang Sedap

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi nasi ala Kak Wok? Artikel kali ini akan membincangkan cara memasak, bahan-bahan yang diperlukan dan tips untuk resepi nasi ala kak wok.

Pengenalan

Kebiasaannya nasi Kak Wok ini didatangi sekali bersama sama dengan gulai, ayam goreng dan sambal belacan. Nasi yang biasa digunakan kadang kala mengikut orang yang membuatnya, ada yang menggunakan nasi kukus, ada pula yang hanya menggunakan nasi putih. Sambal belacan yang baik akan menjadikan hidangan ini lebih enak.

Jadi mari kita cuba buat dengan resepi yang kami sediakan di sini.

Masa penyediaan : 30–35 minit

Jumlah Hidangan : 4-6 orang

Bahan Untuk Resepi Nasi ala Kak Wok

Bahan asas

  • Minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 sudu besar serbuk cili/cili kisar
  • 1 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 mangkuk ayam
  • 3 batang kacang panjang
  • 1 biji terung
  • 6 tangkai cili padi
  • 1 keping asam keping
  • Gula nisan
  • Garam
  • 1 cawan santan segar

Bahan untuk sambal belacan :

  • 20 biji cili padi
  • 4 biji cili merah
  • 4 biji limau kasturi yang sudah dibuang biji
  • Gula
  • Garam
  • 2 inci belacan
  • 1/2 air pati asam jawa
  • Serbuk perasa

Bahan untuk ayam goreng :

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Minyak
  • Tepung goreng ayam
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili

Cara Memasak Resepi Nasi Ala Kak Wok

a) Gulai

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas
  2. Bancuh serbuk kerutuk dan rempah kari dengan air
  3. Panaskan minyak untuk tumiskan bahan yang sudah dikisar halus tadi
  4. Masukkan bancuhan kari dan serbuk cili, gaul hingga sebati dan pecah minyak
  5. Masukkan ayam( bahagian kaki, leher, isi jika mahu) dan gaul.
  6. Biarkan ayam separuh masak dan kering
  7. Masukkan air
  8. Masukkan sayur kacang panjang dan terung yang sudah dipotong
  9. Masukkan santan, gula nisan dan garam secukup rasa
  10. Jika kuah mula nampak kering, tambahkan air ataupun santan
  11. Masukkan pula cili padi dan asam keping
  12. Masak hingga sayur lembut dan gulai mula nampak sekata

b) Ayam goreng

  1. Potong ayam kepada ketulan kecil
  2. Gaul ayam sekata dengan garam, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, daun kari dan tepung goreng
  3. Perap sebentar ayam tersebut
  4. Panaskan minyak
  5. Goreng ayam hingga keperangan

c) Sambal belacan

  1. Kisar kasar cili, belacan bakar, hirisan limau kasturi, air asam jawa,garam dan gula
  2. Tambah sedikit perasa untuk menaikkan lagi rasa.

Hidangkan semua dengan nasi panas, dan selamat menjamu selera.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Ayam perlu diperap dahulu sebelum anda membuat sambal belacan, kerana hidangan ini enak dimakan bersama ayam goreng yang masih panas lagi
  • Jika tiada tepung goreng ayam, anda boleh gunakan tepung beras ataupun tepung jagung
  • Rempah kari ayam juga boleh dijadikan ganti kepada rempah kerutuk

Selamat mencuba dan menjamu selera

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × three =