resepi ayam goreng mamak

Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Lazat dan Sedap

Bagaimanakah cara memasak resepi ayam goreng mamak? Artikel ini akan membincangkan cara memasak ayam goreng mamak, bahan-bahan masakan dan tips yang berkaitan

Pengenalan

Siapa disini gemar lepak mamak? Pasti Ayam Goreng Mamak menjadi antara hidangan wajib di kedai mamak. Manakan tidak, masakan itu boleh dikira sebagai “signature dish” kedai-kedai mamak.

Anak-anak buah saya cukup gemar dengan Ayam Goreng Mamak, (mereka memang suka ayam guring tapi ayam guring mamak memang favourite!) setial kali ke kedai mamak, semestinya ayam goreng tidak ketinggalan. Sampai mama mereka naik pening ya.

Buat para ibu di luar sana yang mengalami situasi sama seperti kakak saya, jangan risau, boleh baca artikel ini sampai habis. Kini anda tidak lagi perlu untuk ke kedai mamak kalau mengidam ayam goreng mamak. Di rumah sahaja pun boleh buat.

Rahsianya? Saya akan berkongsi dengan pembaca cara untuk masak ayam goreng mamak! Resepi ini mudah dan ringkas sahaja. Pejam mata boleh buat :p. Jom baca:

Masa memasak: 1 jam

Jumlah hidangan: 2-5 orang

Bahan Untuk Resepi Ayam Goreng Mamak

Bahan Asas

  1.  1 ekor ayam (dikerat 16 atau 8)
  2. 2 sudu besar serbuk kari ayam
  3. 6 sudu besar tepung jagung
  4. 6 sudu besar tepung beras
  5. 1 sudu besar serbuk cili
  6. 3 pelepah daun kari
  7. 1 atau 2 biji telur
  8. 1 sudu besar serbuk lada sulah
  9. Garam
  10. Minyak

Bahan untuk kisar

  1. 6 ulas bawang putih
  2. 2 inci halia
  3. 1 sudu besar cili kisar

Cara penyediaan Resepi Ayam Goreng Mamak

  1. Basuh ayam bersih-bersih. (boleh basuh dengan limau atau tepung untuk hilang rasa hanyir)
  2. Kisarkan semua bahan kisar tadi
  3. Kemudian letak serbuk kari, tepung jagung, tepung beras dan serbuk cili, dan daun kari dalam bekas
  4. Campurkan bahan kisar tadi sekali
  5. Masukkan ayam, gaul biar sebati
  6. Apabila dan sebati, perapkan ayam selama 1 atau dua jam. (nak perap semalam pun boleh, lagi sedap sebenarnya!)
  7. Kemudian panaskan minyak, dan ayam boleh goreng
  8. Bila ayam dah bertukar warna keemasan boleh angkat dan toskan
  9. Ulang step hingga semua ayam selesai digoreng

Tips:

  1. Perhatian: jangan digoreng sekali gus atau goreng terlalu banyak.  Ini kerana minyak akan turun suhunya, dan ayam akan jadi kurang masak dan garing.
  2. Selepas dikeluarkan ayam, jangan terus masuk ayam baru. Panaskan kembali minyak sebelum dimasukkan ayam seterusnya.
  3. Kalau ayam anda besar, boleh cucuk bahagian isi tebal dengan menggunakan garfu atau lidi. Ini untuk pastikan agar ayam masak sekata.
  4. Masak guna minyak yang banyak ya (setengah kuali)

Selamat mencuba

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + seven =