resepi ayam geprek

Resepi Ayam Geprek Yang Sedap dan Lazat

Bagaimanakah cara memasak resepi ayam geprek? Artikel ini akan membincangkan cara memasak ayam geprek, bahan-bahan yang diperlukan dan tips menarik.

Pengenalan

Ayam geprek merupakan masakan yang berasal daripada Indonesia. Ayam dalam masakkan adalah ayam di gorengkan, kemudian akan di lenyet dan di letakkan dengan sambal.

Sedikit throwback daripada penulis, semasa penulis belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dulu, memang ayam geprek menjadi kegemaran. Boleh katakana hari-hari saya akan makan ayam geprek sebab sedap sangat! Pernah juga rakan-rakan bertanya, “awak tak jemu ke makan ayam geprek?” saya akan balas “semestinya tidak, sedap sangat”

Untuk mengubat duka lara rindu penulis terhadap ayam geprek UIAM, hari ini, penulis akan kongsikan resepi masakan ayam geprek! Jom baca:

Masa memasak: 1 jam

Jumlah hidangan: 2-5 orang

Bahan untuk Resepi Ayam Geprek

Bahan Asas

  1. 1 ekor ayam (terpulang nak potong berapa )
  2. 10-15 batang cili padi merah
  3. 3 biji cili besar merah
  4. 2 hingga 3 biji bawang merah
  5. 3-4 ulas bawang putih
  6. 1 biji tomato
  7. Sedikit gula (sebagai perasa)
  8. Garam secukup rasa
  9. Serbuk penambah rasa (kalau tak guna pun tiada masalah)
  10. 1 biji limau nipis
  11. 1-2 cawan tepung goreng ayam segera (penulis suka guna tepung Bestari)
  12. Sedikti air sejuk dari peti ais
  13. Minyak masak

Bahan Hiasan

  1. Timun
  2. Salad

Cara Memasak Resepi Ayam Geprek

  1. Basuh dan bersihkan ayam
  2. Perah jus limau nipis ke dalam ayam.  Kemudian perapkan ayam selama 10-15 minit.
  3. Celup dan salut ayam yang diperap kedalam tepung ayam Bestari. Pastikan celup sama rata ya.
  4. Kemudian, celup pula kedalam air sejuk.  Selepas celup dalam air sejuk, celup sekali lagi dalam tepung. Biarkan ayam seketika agar ia sebati dengan salutan.
  5. Selepas itu, goreng ayam sehingga warma ayam bertukar keperangan.
  6. Kesemua ayam yang siap digoreng, boleh di angka dan tos.
  7. Tumbuk sedikit ayam tetapi jangan sampai hancur.

Cara penyediaan Sambal Geprek

  1. Potong kasar cili padi merah, cili merah besar, bawang besar dan bawang putih serta tomato tadi.
  2. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang telah dipotong tadi
  3. Setelah layu, masukkan Tomato pula. Masukkan tomato sekejap supaya tak hancur.
  4. Angkat bahan yang digoreng dan toskan minyak.
  5. Tumbuk kasar bahan-bahan gorengan tadi. Jangan tumbuk hancur sangat.
  6. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa (pilihan) secukup rasa.
  7. Kemudian tumbuk sebati sekali lagi
  8. Tuangkan sedikit minyak gorengan yang masih panas kedalam bahan yang ditumbuk
  9. Ambil ayam gorengkan tadi, dan boleh sapukan sambal geprek ke atas ayam.
  10. Masakan sedia di hidang

Tips:

  1. Boleh letak tempe goreng juga sebagai bahan sampingan
  2. Sedap di makan dengan nasi putih panas.

Selamat mencuba

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 1 =