Bagaimanakah cara memasak resepi ayam sambal hijau? Artikel ini akan membincangkan cara memasak, bahan-bahan masakan yang diperlukan dan tips untuk menghasilkan ayam sambal hijau yang sedap
Pengenalan
Penulis yakin pasti ramai suka makan hidangan Sambal Ayam Hijau. Namanya sahaja sudah menyelerakan, apatah lagi rasanya!
Sedikit pengenalan mengenai Sambal Ayam Hijau, Sambal Ayam Hijau merupakan masak goring yang disaluti dengan sambal warna hijau, Kalau ada soalan “eh, saya selama ni biasa makan sambal merah sahaja.” Atau “Apa beza sambal hijau dan sambal merah?”.
Bezanya adalah dari segi cili yang kita gunakan, dan semestinya warna sambal! Kalau sambal merah, kita biasanya menggunakan cili kering atau cili besar warna merah, tetapi untuk sambal hijau, kita gunakan cili padi.
Bunyi macam pedas? Haa sememangya Sambal Ayam Hijau ini rasanya lebih pedas berapi berbanding dengan sambal merah. Tapi, jangan risau sebab rasanya sedap hingga menjilat jari. Okey jom kita belajar cara-cara masak Sambal Ayam Hijau!
Masa memasak: 45 minit
Jumlah hidangan: 2-5 orang
Bahan untuk Resepi Ayam Sambal Hijau
- 1 ayam (dikerat 16)
- 2 biji bawang merah kecil
- 1 biji bawang putih
- Satu sudu serbuk kunyit (sebarang jenama)
- Setengah biji halia
- 20-25 ulas cili padi
- 1 batang cili besar (merah atau hijau)
- 1 biji bawang besar
- 2 batang serai
- 1 keping asam keeping
- Gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak Resepi Ayam Sambal Hijau
- Basuh ayam bersih-bersih
- Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan secubit garam. Gaul hingga sebati.
- Goreng ayam selama 10 minit (pada api sederhana perlahan)
- Apabila ayam sudah masak, angkat dan tos. Ulang sehingga semua ayam habis digoreng.
- Untuk sambal, pertama kita racik halus bawang kecil, halia dan bawang putih.
- Kisar kan cili padi, bawang besar dan cili hijau ( jangan hancur sangat)
- Panaskan api, kemudian, tumis bahan racikan hingga naik bau.
- Masukkan pula bahan kisaran dan kacau pada api perlahan.
- Kacau hingga naik minyak, kemudian masukkan serai yang dah ditumbuk (jangan hancur sangat), dan kacau lagi sampai wangi.
- Masukkan bahan perasa seperti, garam, gula dan asam keeping secukup rasa
- Apabila semua dah sebati, rasa dah okay, masukkan gorengan ayam tadi kedalam sambal. Kacau hingga sebati.
- Tutup api dan masakan sedia dihidang.
Tips:
- Serai di letak supaya bau wangi, dan bawang merah dikisar sekali dengan cili supaya sambal lebih pekat.
- Untuk orang Negeri Sembilan seperti saya, kami suka letak santan. Bila letak santan dalam 2-4 sudu, sambal akan rasa lemak-lemak manis. Selain itu, santan juga boleh kurangkan rasa pedas. Ini petua orang dulu-dulu, tidak dibuktikan secara saintifik.
Selamat mencuba