resepi nasi tomato

Resepi Nasi Tomato dan Acar Timun Ala Lauk Pengantin

Bagaimanakah cara memasak resepi Nasi Tomato dan Acar Timun? Artikel ini akan membincangkan cara memasak nasi tomato, bahan-bahan yang diperlukan dan tips yang berkaitan.

Pengenalan

Nasi Tomato dan Acar Timun merupakan antara masakan popular sewaktu kenduri. Sesetengah orang kata Nasi Tomato ini sebagai lauk pengantin kerana sering menjadi hidangan di majlis perkawinan.

Apa yang membuatkan nasi tomato ini menarik adalah kerana warnanya yang merah dan juga rasanya sedap. Di tambah pula dengan acar timun sebagai hidangan sampingan. Memang sedap menjilat jari!

Jom baca artikel ini dan saya akan share rahsia masak Nasi Tomato dan Acar Timur yang mudah dan lazat,

Masa memasak: 45 minit

Jumlah hidangan: 2-5 orang

Bahan untuk Resepi Nasi Tomato

Bahan Asas

  1. 2 sudu besar minyak sapi dan minyak masak
  2. 2 helai daun pandan
  3. 4 biji bawang merah, dihiris nipis
  4. 3 ulas bawang putih, dihiris nipis
  5. 1 inci halia, hiris nipis
  6. Rempah 4 sekawan iaitu :1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga, dan juga 2 tangkai cengkih
  7. 1 batang serai
  8. 3 cawan beras
  9. 4 setengah cawan air
  10. Setengah cawan susu cair
  11. 3-5 sudu besar puri tomato
  12. Setengah cawan kismis
  13. Gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk Acar Timun

  1. Setengah biji nanas bersaiz kecil atau sederhana
  2. 1 biji timun
  3. 1 biji cili besar merah
  4. 2 sudu kecil gula
  5. Secukup rasa garam
  6. 2 sudu besar cuka

Cara Memasak Resepi Nasi Tomato

  1. Basuh beras dan toskan airnya. (basuh berasa sekurangnya 3 kali)
  2. Dalam periuk berasingan, panaskan minyak sapi dan minyak masak (ini untuk tumis)
  3. Tumis daun pandan bersama hirisan nipis bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis dan kacau dengan api perlahan sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan rempah 4 sekawan dan serai yang dititik, dan gaul hingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan beras (yang dah dibasuh tadi) goreng sekejap selama 1-2 minit,
  6. Masukkan air dan susu cair. (kacau kacau)
  7. Tambah tomato puri, kismis dan sedikit gula. Kemudian letak garam secukup rasa
  8. Dah siap kacau, dan anda dah puas hati, masukkan berasa tadi dalam periuk nasi.
  9. Masak nasi seperi biasa.

Cara masak Acar Timun

  1. Hiriskan nanas, timun dan cili merah (hiris nipis)
  2. Masukkan dalam satu bekas.
  3. Kemudian letak garam dan gula, garam dan cuka secukup rasa.  Gaul sekata dan siap dihidang.

Tips:

  1. Untuk acar timun, cuka boleh diganti dengan jus lemon atau jus limau nipis. Rasanya sedap juga!
  2. Boleh tambah hirisan halus lobak merah dalam acar
  3. Nasi tomato lagi sedap kalau dimakan bersama papadom dan ayam masak merah!

Selamat mencuba resepi nasi tomato ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − 12 =