resepi ayam goreng madu

Resepi Ayam Goreng Madu Yang Simple

Jika anda sedang mencari resepi bagi makanan ringan yang boleh dibuat minum petang atau tambahan kepada masakan anda, anda berada di laman yang sepatutnya. Hari ini, saya akan kongsikan kepada anda resepi ayam goreng madu yang mudah untuk dibuat, cepat, dan tentunya sedap.

Apa itu Ayam Goreng Madu?

Ayam goreng madu merupakan sejenis hidangan bergoreng yang diperap terlebih dahulu dengan pelbagai bahan termasuk kicap, sos tiram, madu dengan kisaran bawang putih, bawang merah dan halia.

Ayam goreng madu boleh dijumpai di pasar-pasar malam namun, disebabkan harganya yang agak mahal, ramai memilih untuk menyediakan hidangan ini sendiri agar dapat dinikmati seisi keluarga.

Masa memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 3 orang

Bahan Untuk Resepi Ayam Goreng Madu

Bahan-Bahan Asas:

  • ½ ekor ayam (dipotong saiz sederhana)
  • Kicap manis secukupnya
  • 2 sudu besar madu
  • Garam secukupnya

Bahan-Bahan Kisar:

  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai

Cara Penyediaan Resepi Ayam Goreng Madu

  1. Pertama sekali, kisarkan kunyit hidup, halia, bawang merah, bawang putih dan serai sehingga halus.
  2. Seterusnya, perap ayam yang telah dibersihkan bersama garam, kicap manis, 2 sudu besar madu dan bahan-bahan yang telah dikisar itu tadi. Untuk hasil yang lebih baik, tinggalkan selama beberapa jam.
  3. Untuk menggoreng ayam, panaskan minyak di atas kuali dengan api sederhana besar. Kemudian, goreng ayam sehingga keperangan.
  4. Setelah ayam masak, angkat ayam tersebut dan buang minyak yang berlebihan.
  5. Salutkan ayam sekali lagi dengan madu.
  6. Ayam goreng madu anda sedia untuk dihidang dan dinikmati berama-sama keluarga dan rakan-rakan.

 Tips Berguna

  1. Lebih lama ayam dibiarkan untuk diperap, lebih enak masakan anda.
  2. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum mula menggoreng untuk memastikan ayam dimasak sekata.
  3. Hidangkan ayam goreng madu bersama sos BBQ untuk lebih enak.
  4. Untuk alternatif yang lebih sihat, gunakan teknik ‘membakar’ pada masakan. Ini akan mengurangkan kalori kerana tidak menggunakan minyak yang banyak.

Selamat Mencuba

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 − five =