Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap dan Lazat.

Di antara semua sajian di majlis perkahwinan, semestinya ada satu yang kebiasaanya menjadi kesukaaan orang ramai. Dan hidangan ini juga dimakan oleh semua lapisan masyarakat. Sudah tentu resepi ayam masak merah yang menjadi kesukaan orang ramai di majlis keramaian, majlis perkahwinan, kenduri dan lain-lain. Arikel kali ini akan membincangkan tentang resepi ayam masak merah yang lazat boleh dimasak dirumah anda sendiri.

Pengenalan

Resepi ayam masak merah ini adalah salah satu hidangan tradisional Malaysia. Ia adalah campuran ketulan ayam dalam kuah tomato. Ayam yang telah dipotong akan digoreng terlebih dahulu hingga warna keemasan kemudian perlahan-lahan dimasak dalam kuah tomato pedas.

Ada juga yang menambah kacang pea atau gajus ke dalam hidangan dan ia dihiasi dengan daun ketumbar. Ianya bole dimasak dengan bahan-bahan yang kebiasaanya ada di dapur dan mudah untuk disediakan. Oleh itu, nikmatilah resepi ayam masak masak merah ini.

Masa penyediaan: 20 minit

Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan untuk Resepi Ayam Masak Merah

  • 1 ekor ayam yang telah dipotong dan dibasuh bersih
  • Serbuk kunyit
  • 1 mangkuk minyak masak
  • 2 tangkai daun kari
  • ½ mangkuk air asam jawa
  • 3 atau 4 sudu besar sos cili
  • Bawang holland yang telah dihiris bulat
  • 1 keping gula melaka
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar

Bahan-Bahan yang perlu dikisar halus

  • 7-8 biji bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 8-10 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 inic halia
  • 15-18 biji cili kering yang telah dibuang biji dan direbus.

Cara Memasak Resepi Ayam Masak Merah

  1. Selepas ayam sudah dibasuh gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng ayam separuh masak.
  3. Selepas ayam goreng kelihatan separuh masak, angkat dan toskan ayam tersebut daripada minyak.
  4. Kurangkan minyak yang di dalam kuali tersebut untuk bersedia membuat tumisan.
  5. Panaskan minyak kembali dan masukkan daun kari diikuti dengan bahan tumisan dan kacau sehingga pecah minyak.
  6. Tambahkan air asam jawa tadi dan ayam yag telah digoreng.
  7. Kacau semua sehingga sebati.
  8. Masukkan sos cili, sos tiram, dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit sahaja mengikut citarasa anda. Tambahkan air seikdit supaya kuah tidak terlalu kering.
  9. Teruskan masak selama 8-10 minit.
  10. Tambahkan garam secukup rasa dan kacau semua sehingga sebati dan biarkan seketika.
  11. Akhir sekali, masukkan bawang holland yang telah dihiris bulat dan kacau sehingga bawang menjadi layu sedikit.
  12. Angkat ayam masak kicap tersebut dan taburkan dengan daun ketumbar.

Tips:

  • Lebihkan minyak untuk tumisan sambal untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap. Ia juga perlu dipastikan telah pecah minyak dan jangan tidak terlalu kering sehingga hangus.

Selamat mencuba masakan ayam masak merah ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × five =