resepi ikan siakap bakar

Resepi Ikan Siakap Bakar Yang Memikat Hati

Seringkali kita sangat terpegun dan menelan air liur apabila melihat hidangan resepi ikan siakap bakar, ditambah pula dengan bau yang semerbak harum apabila berdekatan dengan restoran atau kedai makan yang menyediakan ikan bakar. Artikel ini akan membincangkan cara-cara penyediaan ikan siakap bakar yang boleh dibuat dirumah anda sendiri.

Pengenalan

Resepi ikan siakap bakar semestinya diantara salah satu menu yang popular bagi golongan ibu-ibu atau suri rumah diluar sana. Ikan siakap amat popular dengan isinya yang lembut dan manis. Antara menu popular yang bole dimasak dengan ikan siakap ialah, siakap stim limau, siakap masam manis, siakap goreng, siakap bakar dan siakap halia.

Menu-menu yang popular ini semestinya terdapat di setiap restoran yang menyajikan masakan panas. Pada kebiasaanya, menu-menu makanan laut ini bole didapati di restoran-restoran yang berdekatan dengan laut. Ini kerana, mereka mendapat bahan mentah atau bahan basah yang segar daripada pembekal di pasar berdekatan dengan laut tersebut pada waktu pagi.

Ini ialah salah satu daya tarikan yang terdapat di restoran-restoran berdekatan dengan laut atau pantai. Walaubagaimanapun, menu ikan siakap bakar ini boleh sahaja dibuat dirumah untuk dinikmati bersama-sama keluarga yang tersayang. Ingin tahu bagaiamana cara penyediaan ikan siakap bakar boleh baca artikel di bawah ini.

Masa penyediaan: 20 minit

Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan Untuk Resepi Ikan Siakap Bakar

  • 1 ekor ikan siakap yang sudah dibasuh dan dikelar.

Bahan-bahan Perapan Ikan Siakap Bakar

  • 1 helai daun kunyit
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar rempah ikan kari
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • Sedikit belacan
  • Limau kasturi/buah lemon

Bahan Perapan yang perlu dikisar atau ditumbuk bersama

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • Sedikit halia

Cara Memasak Resepi Ikan Siakap Bakar

  • Kisarkan semua bahan perapan yang perlu dikisar dan gaul sekali dengan bahan-bahan perapan yang lain.
  • Kemudian, panaskan minyak, tambahkan sedikit garam dan tumis bahan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa mengikut sukatan yang diteteapkan. Biarkan sebati dan tutup api.
  • Bersihkan ikan siakap dan selepas dikelar boleh lumurkan sambal tersebut di atas ikan.
  • Balut ikan siakap tadi dengan daun kunyit
  • Perap ikan siakap tadi lebih kurang dalam 15 minit.
  • Bakar di atas pemanggang ataupun dalam ketuhar sehingga sepenuhnya masak
  • Selepas masak perahkan limau kasturi di atas ikan tersebut dan sedia untuk dihidang.

Tips

  • Jika menggunakan ketuhar boleh dibakar selama 30 minit dengan suhu 1800C.

Selamat mencuba resepi ikan siakap bakar yang menyelerakan ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve − four =