resepi garlic bread

Resepi Korean Garlic Bread Yang Viral

Pada waktu petang, kita sering disajikan dengan makanan seperti goreng pisang, keropok lekor dan lain-lain. Baru-baru ini terdapat satu sajian yang viral di social media yang telah dipopularkan daripada negara Korea iaitu Resepi Garlic Bread.

Jika lihat di media social banyak sahaja resepi-resepi yang telah dikeluarkan untuk di cuba oleh masyarakat Malaysia. Jadinya pada kali ini, artikel ini akan membincangkan tenatng resepi cara menghasilkan korean garlic bread.

Pengenalan

Korean Garlic Bread ini tidaklah asing bagi penggemar-penggemar roti di luar sana. Terdapat banyak juga kedai-kedai roti di pusat membeli belah yang menjual Korean garlic bread ini. Jika kita melihat di rancangan reality korea, garlic bread ini dijual di tepi jalan atau mereka memanggilnya sebagai street food.

Resepi ini boleh dikatakan mudah kerana menggunakan barang yang senang dicari di pasaraya. Teksturnya yang lembut dan rasa yang sedikit masin membuatkan ia sedap dimakan begitu sahaja. Oleh itu, nikmatilah resepi Korean garlic bread ini.

Masa penyediaan: 45 minit

Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan untuk Resepi Korean Garlic Bread

Bahan-bahan roti

  • 250 gram tepung roti
  • 40 gram majerin
  • 70 gram air
  • 5 gram yis
  • 38 gram gula pasir
  • 50 gram susu segar
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan garlic butter sauce

  • 1 biji telur
  • 100 gram butter
  • 12-14 ulas bawang putih
  • 25 gram madu atau gula
  • 20 gram whipping cream atau susu
  • 2 sudu besar mayonis
  • 3 sudu besar daun parsley

Bahan-bahan cream cheese (optional)

  • 150 gram cream cheese
  • 20 gram gula

Cara Memasak Resepi Korean Garlic Bread

Cara Penyediaan Roti

  • Campurkan kesemua bahan roti mengikut sukatan yang diteteapkan kecuali margerin. Gaulkan kesemua bahan tadi sehingga sebati.
  • Masukkan majerin sedikit demi sedikit dan mula menguli sehingga doh menjadi kenyal.
  • Timbang setiap 65 gram doh tadi dan asingkan mereka dalam bentuk bulat serta biarkan sehingga doh tersebut kemabng dua kali ganda daripada yang asal.
  • Selepas doh telah kembang, bakar dalam suhu 1800 C selama 20 minit mengikut kesesuaian setaip oven.

Cara penyediaan garlic butter sauce

  • Pecahkan sebiji telur dan masukkan whipping cream tadi.
  • Gaul dan masukkan bawang putih yang telah dhiris halus dan bahan-bahan yang lain.
  • Gaul kesemua dengan sebati
  • Akhir sekali masukkan daun parsley tadi dan gaul kesemuanya.

Cara penyediaan cream cheese(optional)

  • Masukkan kesemua cream cheese dan tamabahkan gula.
  • Sevatikan kedua-dua bahan tadi sehingga kelihatan creamy.

Cara penyediaan Korean Garlic Bread

  • Selepas roti telah siap dibakar, bela roti kepada 4 bahagian tanpa dibelah sehingga bahagian bawah roti.
  • Jika mahu letak cream cheese boleh letak dibahagian dalam roti tersebut.
  • Selepas itu boleh sapkan garlic butter sauce di atas roti tadi dan setiap ruang yang telah dibelah tadi.
  • Akhir sekali bakar roti yang telah disapu tadi selama 15 minit di dalam oven dengan suhu 1600C.
  • Selepas siap dibakar bole dihidang di atas pinggan.

Tips:

  • Sentiasa memeriksa oven semasa membakar roti supaya roti tidak terlalu hangus dibakar.

Selamat mencuba resepi Korean garlic bread ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six + 9 =