Resepi laksa sarawak

Resepi Laksa Sarawak yang Ringkas dan Lazat

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi laksa Sarawak yang sedap? Artikel ini akan membincangkan cara-cara dan juga penyediaan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak resepi ini.

Pengenalan

Ini merupakan satu juadah yang berasal dari negeri Sarawak. Hidangan ini mempunyai rasa yang enak dan asas kepada makanan ini adalah sup nya yang berwarna seakan kemerahan, dan ianya adalah sambal belacan yang dicampur dengan pelbagai ramuan lagi untuk melengkapkan rasa sup laksa ini. Bahkan ia juga mempunyai rasa herba dan rempah rasut yang sangat lazat

Jadi mari kami kongsikan dengan resepi laksa sarawak yang lazat di sini

Masa untuk Memasak dan Menyediakan : 45-50 minit

Jumlah Hidangan : 4-5 orang

Bahan bahan Laksa Sarawak

Bahan Kuah :

  • Pes laksa Sarawak
  • 2 kotak kecil santan
  • 1 kiub ayam
  • Garam
  • 1 liter air
  • 1 paket kari

Bahan Hidangan :

  • Bihun
  • Ayam yang dicarik dan direbus
  • Udang yang dicelur ikut kuantiti yang dikehendaki
  • Tauge yang dicelur
  • Telur rebus
  • Daun ketumbar dihiris halus
  • Cili hijau dihiris
  • Sambal belacan
  • Limau

Cara Memasak Resepi Laksa Sarawak

Cara cara menyediakan kuah laksa Sarawak :

  1. Masukkan 1 liter air ke dalam periuk dan panaskan air sehingga mendidih
  2. Masukkan pes laksa, santan, kiub ayam, serbuk kari ke dalam air yang sedang mendidih
  3. Masak hingga mendidih
  4. Tambah garam sekiranya perlu
  5. Tapis kuahnya
  6. Siap untuk dihidangkan dengan bahan hidangan

Cara menyediakan bihun :

  1. Rendam bihun sehingga lembut
  2. Tapis dan celurkan bihun dalam air panas sehingga lembut
  3. Tapis dan asingkan bihun tersebut
  4. Sudah siap dan boleh untuk dimasukkan dengan kuah

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Bahan seperti kobis, bawang goreng juga boleh digunakan sekiranya anda mahu

Diharapkan artikel resepi laksa Sarawak ini dapat memberikan maklumat berkenaan penyediaan resepi ini dengan lengkap. Harap Bermanfaat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − sixteen =