resepi laksa penang

Resepi Laksa Penang yang Lazat dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi laksa penang yang lazat. Artikel ini akan membincangkan cara-cara dan bahan masakan yang diperlukan untuk menghasilkan resepi ini.

Pengenalan

Laksa yang menjadi tarikan utama sekiranya anda sebut tentang negeri yang kaya dengan pelbagai jenis makanan ini mempunyai dua bahan penting, iaitu bunga kantan dan daun kesum, seperti laksa yang lain penggunaan ikan juga amat dititikberatkan dalam proses penyediaan hidangan ini

Jadi mari kami kongsikan dengan resepi yang telah disediakan di sini.

Masa memasak : 45-50 minit

Jumlah Hidangan : 10 orang

Bahan untuk Resepi Laksa Penang

Bahan Rebusan :

  • 1kg ikan kembung
  • Air
  • Asam keping, 5 keping

Bahan Dikisar A :

  • Cili padi yang dibuang tangkai
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 25 tangkai cili kering, dibuang biji dan direbus

Bahan dikisar B :

  • Air rebusan ikan
  • Isi ikan
  • Asam keping (daripada air rebusan)

Bahan dikisar C :

  • Isi ikan sardin
  • Air

Bahan dikisar D :

  • Tulang ikan kembung
  • Air

Bahan dikisar E :

  • Setengah biji nenas
  • Air

Bahan untuk kuah laksa :

  • 1/2 liter air
  • Bahan A-E yang sudah dikisar
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • Gula melaka, satu ketul kecil
  • Garam
  • 2 sudu besar sos petis
  • 1 ketul belacan bakar sebesar ibu jari
  • Daun kesum 1 ikat
  • 2 kuntum bunga kantan yang dibelah 4

Bahan untuk Laksa :

  • Air
  • Satu paket laksa kering

Bahan bahan lain :

  • Telur rebus
  • Daun salad
  • Daun selom
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Timun
  • Limau nipis

Cara Memasak Resepi Laksa Johor

Cara Menyediakan Kuah Laksa

  1. Rebus ikan kembung dengan asam keping selama 10 minit dan sejukkan
  2. Asingkan isi dan tulang ikan dan simpan air rebusan bersama dengan asam keping
  3. Kisar bahan yang perlu dikisar, bagi bahan D, ambil air nya sahaja
  4. Masukkan setengah liter air dan masak hingga mendidih
  5. Campurkan bahan kisar tadi
  6. Masukkan pula air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, petis, garam, belacan bakar, dan gula melaka

Cara menyediakan laksa :

  1. Rendam laksa hingga lembut
  2. Tapis dan masukkan laksa ke dalam periuk yang air nya mendidih
  3. Masak sehingga lembut dan tapis

Cara penyediaan bahan bahan lain :

  1. Hiris daun selom, salad, bawang besar, cili padi, cili merah
  2. Belah dua telur yang sudah direbus
  3. Potong limau nipis
  4. Siap untuk dihidangkan

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Ikan selayang dan parang boleh digunakan untuk menggantikan ikan kembung.
  • Kurangkan penggunaan gula secara berlebihan bagi mengelakkan kuah menjadi manis
  • Bilas laksa dengan air sejuk untuk menghilangkan rasa kanji

Diharapkan artikel ini dapat membantu para pembaca menghasilkan resepi laksa johor yang sedap

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − 14 =