resepi laksa johor

Resepi Laksa Johor Yang Sedap dan Enak

Anda penggemar laksa? Kali ini kami akan kongsikan kepada anda satu resepi yang menarik dan enak untuk dicuba. Resepi yang akan kami kongsikan pada kali ini adalah Laksa Johor.

Pengenalan

Laksa popular yang menggunakan mee spaghetti sebagai ganti laksa yang biasa kita gunakan ini sememangnya menjadi bualan dalam kalangan penggemar laksa. Hidangan yang berasal dari negeri Johor ini yang penuh rasa dalam kuah nya dan ditambah dengan ulaman yang segar akan membuatkan kita kecur lidah apabila berbual tentangnya.

Jadi mari kita cuba dengan resepi yang telah disediakan di sini.

Masa Memasak : 65-70 minit

Jumlah Hidangan : 10 orang

Bahan untuk Resepi Laksa Johor

Bahan Asas

  • Gula Melaka
  • Garam
  • Daun kesum 1 ikat
  • 3 keping asam keping
  • 3 sudu besar kerisik
  • Minyak masak
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • Santan
  • 1 batang serai,dititik
  • 1kg ikan parang yang direbus dan isinya diasingkan
  • Air rebusan ikan
  • Bunga kantan

Bahan untuk Spaghetti :

  • 1 bungkus spaghetti
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Minyak

Bahan untuk dikisar A :

  • 1  sudu belacan bakar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 setengah sudu besar udang kering
  • 4 batang serai dihiris nipis
  • 10 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 setengah inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 15 tangkai cili kering yang dibuang biji

Bahan untuk dikisar B :

  • Isi ikan
  • 50-100g isi ikan kurau masin
  • Semangkuk kecil isi udang

Bahan lain :

  • Kulit dan kepala udang (stok udang)
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis

Bahan Hiasan:

  • Timun
  • Daun kesum
  • Taugeh
  • Daun selasih
  • Limau kasturi
  • Lobak Masin
  • Bawang besar

Bahan untuk sambal :

  • Garam
  • Gula
  • Air perahan limau kasturi
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi
  • 7 biji cili merah
  • Belacan bakar

Cara Memasak Resepi Laksa Johor

  1. Siapkan stok udang terlebih dahulu
  2. Kisar bahan untuk stok udang sehingga halus
  3. Tapis airnya dan asingkan stok tersebut
  4. Kemudian, ambil spaghetti dan masukkan kedalam air yang mendidih
  5. Masukkan garam dan biarkan sehingga spaghetti kering mengikut arahan pada paket pembungkus
  6. Beralih pula pada penyediaan kuah laksa, panaskan minyak untuk menumis
  7. Tumis bahan A hingga naik bau
  8. Masukkan serai (yang dititik) dan serbuk kari daging, kacau hingga pecah minyak
  9. Masukkan bahan B bersama dengan stok udang dan air rebusan ikan, biarkan sehingga mendidih
  10. Masukkan santan, daun kesum, kerisik, bunga kantan yang dibelah 4, asam keping, gula melaka, dan garam secukup rasa
  11. Renehkan kuah mengikut kepekatan yang diinginkan menggunakan api perlahan
  12. Seterusnya kita beralih untuk membuat sambal belacan
  13. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan
  14. Setelah semuanya dikisar, perah jus limau kasturi dan tambahkan gula dan garam secukupnya
  15. Setelah semuanya selesai, hidangkan kuah tadi bersama sama dengan spaghetti dan sambal belacan

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Penggunaan jenis ikan amat penting dalam hidangan ini, kebiasaanya ikan parang merupakan jenis ikan yang terbaik. Selain itu boleh juga gunakan ikan sardin, selar ataupun kembung
  • Reneh kuah secara perlahan bagi mendapatkan pekat yang cantik

Diharapkan Artikel Resepi Laksa Johor ini dapat memberikan maklumat kepada para pembaca mengenai cara untuk menyediakan resepi ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + 15 =