resepi lontong dan kuah lodeh

Resepi Lontong dan Kuah Lodeh yang mudah dan lazat

Apa hidangan wajib ada di rumah anda ketika hari raya Aidilfitri dan enak untuk dimakan? Untuk perkongsian kali ini kami akan kongsikan kepada anda satu resepi yang mudah untuk dicuba oleh anda di rumah. Resepi yang akan kami kongsikan pada kali ini adalah lontong kuah lodeh yang lazat.

Pengenalan

Lontong merupakan satu hidangan yang ada semasa hari raya, tak kira hari raya puasa ataupun haji. Kombinasi antara kuah lodeh, nasi impit, sambal dan sayur sayuran yang sedap. Berbeza mengikut tempat, jika di Johor, lontong dihidangkan bersama bahan yang disebutkan tadi. Manakala di Singapura, ianya mempunyai bahan atau lauk tambahan iaitu Begedil.

Jadi mari kita cuba buat dengan resepi yang telah kami sediakan di sini.

Masa penyediaan : 30 – 45 minit

Masa memasak : 30 minit

Jumlah Hidangan : 10 orang

Bahan untuk Resepi Lontong dan Kuah Lodeh

Bahan untuk kuah lodeh :

  • 2 inci lengkuas yang dititik
  • 2 batang serai yang dititik
  • 500g-600g udang
  • 1 kotak santan segera
  • 1 batang lobak merah yang dipotong panjang
  • 7 batang kacang panjang yang dipotong
  • 1/2 biji sengkuang
  • 1 bungkus tempe, dipotong kiub
  • 3 ketul tauhu, dipotong kiub
  • 1 paket soohoon
  • 4 keping fucuk, direndam
  • Kubis yang dicincang

Bahan untuk dikisar halus :

  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar udang kering yang sudah direndam seketika

Bahan lain untuk dihidangkan sekali :

  • Nasi impit yang sudah direbus
  • Telur rebus
  • Ikan bilis kecil yang digoreng
  • Tempe goreng

Cara Memasak Resepi Lontong dan Kuah Lodeh

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan kisar halus tadi hingga kekuningan dan naik bau
  3. Masukkan lengkuas dan serai yang sudah dititik tadi
  4. Masukkan udang, kacau seketika
  5. Tuangkan santan cair dan biarkan mendidih seketika
  6. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan sengkuang, biarkan sehingga lembut
  7. Setelah nampak lembut, masukkan pula tauhu, tempe, soohoon, fucuk dan kubis, biarkan juga hingga lembut, kacau juga seketika
  8. Masukkan santan pekat apabila semua bahan tadi mulai lembut dengan menggunakan api perlahan, kacau perlahan lahan untuk mengelakkan santan jadi berketul
  9. Tambah air sekiranya terlalu pekat
  10. Tutup api
  11. Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe dan ikan bilis
  12. Sudukan sekali sambal ikan bilis untuk menambahkan lagi kelazatan.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana kunyit hidup dapat memberikan lagi aroma yang lebih menyelerakan
  • Sambal yang enak boleh menaikkan lagi rasa lontong yang dibuat, selain ikan bilis, anda juga boleh menggantikannya dengan sambal udang.
  • Kadang kala lontong juga boleh dimakan bersama serunding, ianya mengikut kemahuan dan selera masing masing.

Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − eighteen =